Fortnite Sudah Boleh Dimainkan Di Samsung Galaxy S10

0 110

Anda pasti sudah mendengar tentang telefon pintar terbaru keluaran syarikat Samsung iaitu Samsung S10. Ia telah dilancarkan pada 21 Februari yang lepas. Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy S10 merupakan telefon pintar yang paling gempak sekarang ini jika anda ingin menggunakannya untuk bermain permainan video.

Unity merupakan salah satu platform permainan video yang sangat popular dan permainan yang paling digemari ramai ialah Fortnite. Samsung Galaxy S10 adalah telefon pintar yang pertama yang menyokong platform ini untuk dimainkan di dalam telefon selain daripada komputer dan konsol.

Samsung Galaxy S10e dan S10 menggunakan sistem penyejukkan “advanced heatpipe” manakala Galaxy S10 Plus pula menggunakan sistem vapor chamber cooling. Sistem yang digunakan oleh telefon pintar ini sama seperti Xbox One X, yang membolehkan anda semua menggunakannya untuk bermain permainan video tanpa risau overheat terlampau panas akibat bermain terlalu lama.

Jika anda khuatir ruang penyimpanan memori anda kecil, jangan risau kerana ruang simpanan yang telah disediakan amat besar sekali terutama sekali jika anda menggunakan S10 Plus. Hal ini kerana, telefon pintar ini didatangi dengan 512GB dan 1TB ruang memori. Kami sarankan anda membeli telefon yang mempunyai 1TB memori kerana ia juga akan disertakan dengan 12 GB RAM.

Jika anda ingin berkongsi pendapat, sila tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Sumber : Samsung Galaxy S10 Optimized For Gaming

Read More  Perisian Animasi 2D Yang Terbaik Untuk Digunakan

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...