Cara-Cara Untuk Menambah Lagu Pada Instagram Story

0 58

Instagram merupakan salah satu medium untuk kita berkongsi gambar dengan kawan-kawan kita. Ramai generasi millennial mengganggap Instagram sebagai medium perhubungan yang penting selain daripada Twitter dan Whatsapp. Untuk pengetahuan anda, Instagram telah menambah satu ciri baru iaitu anda boleh meletakkan muzik pada gambar dan video secara terus melalui aplikasi ini.

Anda perlu memilih gambar atau video terlebih dahulu untuk diletakkan di Instagram Story. Selepas itu, anda boleh klik emoji senyum di sebelah kanan atas. Anda akan jumpa ikon muzik pada baris kedua menu tersebut. Anda klik pada ikon tersebut dan anda akan diberi pilihan untuk memilih lagu yang anda inginkan.

 

Selain daripada itu, anda juga boleh memilih lagu yang anda inginkan terlebih dahulu sebelum anda merakam video ataupun menangkap gambar yang anda inginkan. Apabila anda buka kamera, anda perlu swipe sehingga anda menjumpai kategori yang diinginkan iaitu muzik. Anda hanya perlu mencari lagu yang anda inginkan dan mainkan lagu itu bersama-sama dengan video sehingga anda mendapat rentak lagu yang diinginkan.

Selepas ini, jika rakan-rakan anda melihat Story anda, mereka dapat melihat gambar atau video tersebut dimainkan. Diharapkan dengan perkongsian daripada kami ini dapat membantu anda untuk menggunakan ciri terbaru daripada Instagram ini. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan dibawah .

Sumber  : How to Add Music to Instagram Story

Read More  Google Memperkenalkan Street View Trekker Yang Lebih Ringan dan HD

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...