Langkah-Langkah Mencipta GIF Menggunakan Video Dari Youtube

0 54

Untuk anak-anak muda yang gemar menggunakan sosial media sebagai alat perhubungan mereka, semestinya mereka tahu mengenai MEME dan GIF. Jadi, hari ini kami akan mengajar anda semua tentang cara-cara untuk membuat gif dengan menggunakan video daripada Youtube.

Langkah 1

Anda perlu cari video daripada Youtube yang anda inginkan untuk ditukar menjadi GIF dan anda perlu menyalin pautan tersebut.

Langkah 2

Anda perlu pergi ke laman sesawang GIFs.com. Anda boleh meletakkan pautan yang telah anda salin sebelum ini di ruangan putih sebelah kiri. Anda boleh muat naik video anda sendiri ke dalam laman sesawang ini hanya dengan klik butang Upload.

Langkah 3

Jika gambar yang dipaparkan tersebut mempunyai iklan pada bahagian bawah di sebelah kiri, anda perlu memadamnya terlebih dahulu (jika tidak ia akan muncul bersama-sama GIF). Selepas itu, anda perlu klik garis masa yang terdapat di bawah gambar untuk anda tetapkan masa mula dan akhir GIF anda tersebut.

Anda boleh tetapkan samada anda inginkan GIF anda pendek ataupun panjang, tetapi anda perlu ingat bahawa lagi panjang animasi dimainkan, lagi besar saiz fail tersebut. Di sesetengah tempat yang anda ingin kongsikan GIF tersebut mengehadkan maksimum saiz fail tersebut.

Selepas sudah siap, anda boleh menambah kesan khas pada GIF yang telah anda reka. Anda perlu bersabar jika proses yang diambil untuk menjadi GIF mengambil masa yang lama kerana lagi lama garis masa, lagi lama tempoh masa perlu diambil untuk menciptanya.

Langkah 4

Selepas selesai, anda perlu memberi nama kepada GIF yang telah siap direka oleh anda. Anda juga boleh meletakkan tag yang anda rasa bersesuaian dengan GIF yang anda reka.

Read More  Aplikasi Moovit: Pembantu Pelancong Ideal Anda

Langkah 5

Untuk langkah yang terakhir, anda akan diberi pilihan samada anda ingin muat turun ataupun kongsikan GIF yang telah siap itu bersama rakan-rakan anda yang lain. GIF yang telah anda reka ini mempunyai Watermark. Jika anda ingin membuangnya, anda perlu melanggan perkhidmatan mereka ini dengan membayar RM32 sebulan.

Sumber : How To Make GIF From Youtube Video

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...