Youtube Mengalahkan Netflix Dan Apple Dengan Menjadi Jenama Paling Dipercayai 2019

0 54

Pada tahun 2019, Youtube telah menduduki tempat pertama buat kali pertama sebagai aplikasi yang paling dipercayai oleh orang ramai. Youtube juga telah mengalahkan Apple dan Netflix yang berada di tempat yang kedua dan ketiga buat kali pertama kerana sebelum ini syarikat ini berada di kedudukan pertama dan kedua sahaja.

Apa yang membuatkan Youtube dapat menduduki takhta pertama pada tahun ini adalah disebabkan ia dapat menyediakan pelbagai fungsi untuk menghiburkan para pengguna Youtube di luar sana. Antara ciri-ciri yang telah ditambah ke dalam Youtube ialah Youtube Live. Dengan adanya Youtube Live ini, anda semua sudah boleh membuat siaran langsung tanpa mengalami sebarang masalah. Youtube menambah ciri ini kerana ramai streamer dapat menjana pendapatan dengan membuat siaran langsung setiap hari.

Mereka juga telah menambah ciri-ciri lain seperti Youtube Stories, sama sahaja kegunaannya seperti di Instagram, Whatsapp dan Facebook. Anda boleh menggunakannya untuk berkongsi dengan subscribers anda di Youtube. Anda juga boleh menggunakan ciri-ciri yang baru sahaja ditambah seperti Youtube Music, jika anda ingin mendengar atau mengetahui lagu-lagu yang tengah trending sekarang ini.

Akhir sekali, anda perlu tahu bahawa Youtube telah melakukan pelbagai cara supaya mereka dapat memberikan pengalaman  yang terbaik kepada anda semua. Diharapkan Youtube dapat mengekalkan prestasinya ini pada tahun-tahun akan datang.

 

Sumber : Youtube Ranked As Most Trusted Brand 2019

Read More  Cara Untuk Membuka Terminal Berskrin Penuh Di Mac Menggunakan Pintasan Papan Kekunci!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...