Kamera Aksi Terbaik Pilihan Ahli Sukan Extreme

253

Anda gemar melakukan aktiviti lasak seperti memanjat bukit, berbasikal, berenang dan sebagainya? Adakah anda ingin semua aktiviti yang anda lakukan itu dirakam dengan jelas tanpa perlu risau akan kamera tersebut akan rosak?Persoalannya, kamera manakah yang sesuai dengan anda supaya anda dapat melakukan segala aktiviti anda tanpa anda perlu risau?

1) GoPro Hero7 Black (RM1800)

Jenama GoPro tidak lagi asing kepada orang ramai kerana jenama ini sangat terkenal bagi kategori kamera aksi. GoPro Hero7 Black ini sangat sesuai digunakan kepada atlit, vlogger, dan penyunting filem profesional. Antara nama lain bagi Hero7 ini ialah HyperSmooth. Bersempena dengan namanya, kamera ini dapat merakam video dengan sangat stabil walaupun semasa itu anda sedang menuruni bukit yang permukaannya tidak rata. Ciri-ciri yang paling menarik pada kamera aksi ini ialah, anda boleh merakam secara langsung menggunakan Hero7 ini dan menyiarkannya di Facebook, Youtube dan banyak lagi. Sistem bunyi pada kamera aksi ini juga telah dinaik taraf supaya anda tidak lagi mendengar bunyi bising yang tidak diinginkan semasa merakam menggunakan kamera ini.

2) Sony FDRX3000 (RM1400)

Andai kata anda mempunyai masalah seperti tangan senang menggigil, kamera ini sangat sesuai untuk dipilih. Jika anda ingin membandingkannya dengan GoPro, ia masih dapat memberikan anda kualiti video dan gambar yang terbaik. Anda boleh merakam video resolusi 4K tanpa mengalami sebarang masalah seperti video tersebut tersangkut. Ia menggunakan sistem Balanced Optical SteadyShot(BOSS) pada X3000 supaya anda dapat merakam video tanpa mengalami sebarang gegaran pada video tersebut. Penstabilan optik ini dapat menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kamera aksi yang menggunakan IS elektronik. Jika anda tidak mampu membeli X3000, anda boleh membeli AS300 kerana harganya jauh lebih murah dan mampu untuk dimiliki.

Read More  Perisian Video Capture Yang Terbaik Pada 2019

3) Garmin Virb Ultra 30 (RM 3000)

Untuk pengetahuan anda semua, Garmin Virb Ultra 30 merupakan kamera aksi yang paling gempak sekali kerana ia mampu untuk mengumpul data seperti kelajuan, daya graviti, tahap kecerunan bukit dan banyak lagi. Ia akan memaparkan data tersebut semasa anda merakam video menggunakan Virb Ultra ini. Kamera ini juga boleh mengukur suhu di kawasan itu dan kadar degupan jantung anda. Ianya juga yang dikenali sebagai G-Metrix, mempunyai 5 deria yang anda boleh gunakan untuk mengukur pelbagai aspek semasa melakukan aktiviti. Sama seperti GoPro Hero7 Black, anda boleh merakam secara langsung di Youtube jika anda ingin seluruh dunia melihat anda melakukan aksi-aksi yang menarik.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai kamera aksi yang lain, anda boleh klik pautan yang telah sediakan di bawah ini.

Sumber : Best Action Camera 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...