Permainan Video Yang Paling Digemari Untuk Dimainkan Di Dalam PS4

159

Hari ini kami akan berkongsi dengan anda semua tentang permainan video yang sering dimainkan menggunakan Playstation 4(PS4). Permainan konsol PS4 telah menjadi pilihan anak-anak muda untuk menghabiskan waktunya dengan bermain permainan video. Jadi, mari sama-sama kita lihat permainan manakah yang menjadi pilihan ramai.

1) BloodBorne

Pertama sekali, permainan ini tidak sesuai untuk dimainkan jika anda mempunyai masalah seperti sakit jantung dan sebagainya. Hal ini kerana, permainan ini mempunyai pelbagai elemen kejutan supaya anda dapat merasakan seperti anda berada di sana ketika bermain permainan tersebut. Permainan BloodBorne ini sebenarnya bukanlah permainan yang dikategorikan seram, tetapi disebabkan permainan ini memerlukan kita untuk membunuh raksasa yang rupanya agaknya menyeramkan dan perangkap di merata-rata tempat yang membuatkan permainan ini salah satu permainan yang digemari ramai.

2) Diablo III : Ultimate Evil Edition

Permainan ini ketika dikeluarkan pada awal-awal dahulu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana permainan ini mempunyai pelbagai masalah seperti masalah server, isu permainan dan terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membeli barangan di dalam permainan ini. Selepas masalah ini telah diselesaikan, ia telah menjadi salah satu permainan yang mendapat sambutan paling tinggi kerana anda mampu bermain permainan bersama rakan-rakan anda.

3) Metal Gear Solid V : The Phantom Pain

Pereka permainan ini iaitu Hideo Kojima telah menghasilkan permainan ini dengan sangat sempurna jika hendak dilihat dari segi grafik, penceritaan dan banyak lagi. Permainan ini memerlukan masa yang panjang untuk dihabiskan jika hendak dibandingkan dengan siri-siri sebelum ini. Apa yang membuatkan permainan ini menarik ialah, anda boleh menggunakan pelbagai cara untuk menghabiskan permainan ini sambil membina sebuah kumpulan askar upahan.

Read More  WhatsApp Telah Menamatkan Sokongan Untuk Beberapa Telefon Dan Sistem Operasi Yang Lama!

4) Grand Theft Auto V

Anda tidak boleh samakan permainan GTA V ini pada konsol PS4 dengan komputer kerana ianya sangat berbeza sama sekali. Walaupun terdapat persamaan permainan ini di komputer dan konsol seperti peta dan jalan penceritaan, permainan ini jika dimainkan pada konsol PS4 lebih menarik kerana Rockstar telah menambah beberapa ciri-ciri pada permainan tersebut. Anda mampu memuat turun lagu yang anda inginkan ke dalam radio ketika anda sedang memandu di dalam permainan itu, cara penulisan dan percakapan pada permainan ini juga telah ditambah dan akhir sekali, jika anda merupakan pemain konsol PS3, anda mampu untuk memindahkan data anda ke dalam konsol PS4 supaya anda tidak perlu untuk bermain permainan ini daripada awal.

Jika anda ingin mengetahui tentang permainan-permainan lain, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan untuk anda di bawah ini.

Sumber : The Best PS4 Games

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...