Bentley Bentayga Merupakan Kereta SUV Terpantas Di Dunia.

0 82

Adakah anda tahu bahawa Lamborghini Urus bukan lagi menduduki tempat pertama sebagai SUV yang paling laju di dunia? Ia telah dikalahkan oleh Bentley Bentayga Speed hasil keluaran Bentley. Jadi, mari kita lihat mengapakah Bentayga Speed boleh mengalahkan Lamborghini Urus.

Bentley Bentayga merupakan kereta mewah SUV sama seperti Urus. Syarikat Bentley telah memberitahu pihak media bahawa kereta keluaran mereka ini merupakan SUV terpantas di dunia yang telah mengalahkan kereta sebelum ini iaitu Lamborghini Urus dengan hanya 1 mph sahaja. Bentayga dan Urus sebenarnya berkongsi platform yang sama iaitu Volkswagen Group. Antara kereta lain yang berkongsi platform yang sama selain kedua-dua kereta tersebut ialah Porsche Cayenne dan Audi Q8.

Bentayga menggunakan 6.0 liter enjin twin-turbocharged yang sama seperti model Bentayga W12. Apa yang membezakan kedua-dua mode tersebut ialah Bentayga Speed  mempunyai tambahan 26 kuasa kuda yang memberikan jumlah keseluruhannya ialah 626 hp. Bentayga mampu mencapai kelajuan 60mph dalam jangka masa hanya 3.9 saat.

Bentayga Speed masih mengekalkan Bentley Dynamic Ride seperti model-model sebelum ini, yang menggunakan elektronik 48 volt supaya pemandu akan berasa selesa semasa membelok di selekoh yang tajam. Untuk memastikan Bentayga ini tidak berat sama seperti model SUV yang lain, ia telah menggunakan brek karbon-seramik yang sesuai digunakan untuk mengurangkan berat kenderaan tersebut dan dapat menghentikan kenderaan anda dengan lebih baik.

Model Bentayga Speed ini akan dilancarkan pada bulan Mac ini di Geneva Motor Show. Anda boleh melihatnya secara lebih terperinci di sana jika anda ada sebarang kemusykilan terhadap kereta ini.

 

Sumber : Bentley Bentayga

Read More  Anda Boleh Buat Duit Dengan 9 Youtube Channel Ini Tanpa Guna CAMERA!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...