3 Komputer Riba Yang Terbaik Untuk Dimiliki Pada 2019

319

Untuk pengetahuan anda semua, komputer riba merupakan salah satu alat yang penting untuk digunakan. Komputer riba ini selalunya digunakan oleh orang yang sudah bekerja ataupun pelajar universiti. Jadi, hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang komputer riba yang menjadi pilihan ramai pengguna di luar sana.

1) Dell XPS 13

Komputer riba Dell XPS 13 merupakan komputer riba yang sering menjadi pilihan ramai. Hal ini kerana, ianya sangat nipis dan ringan serta mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Dell telah membaik pulih webcam yang sebelumnya dibuang kerana mereka beranggapan ianya tidak penting untuk digunakan. Pad sentuh pada XPS 13 ini masih besar sama seperti komputer riba yang berada di pasaran. Komputer riba ini menggunakan sistem untuk menjimatkan tenaga bateri pada komputer riba. Tambahan pula, ia juga mampu menyokong sehingga resolusi 4K dan mempunyai 2TB SSD.

2) MacBook Air (2018)


Jika anda merupakan penggemar jenama Apple, MacBook Air merupakan komputer riba yang paling sesuai untuk anda. Walaupun MacBook Air ini tidak nipis dan dan ringan seperti komputer riba yang lain, ianya masih bagus untuk digunakan. Ianya masih mengekalkan sistem Pengesan ID Sentuh dan jangka hayat bateri MacBook Air ini sangat bagus dan tahan lama. Untuk pengetahuan anda semua, Apple telah menaik taraf fungsinya untuk menghasilkan komputer riba yang terbaik.Jika anda  merasakan harganya mahal, usah khuatir kerana anda masih boleh memiliki komputer riba lain yang lebih tinggi spesifikasinya berbanding Apple.

3) Razer Blade

Kita sebut sahaja Razer, pasti anda tahu bahawa ianya pasti direka khas untuk gaming. Syarikat Razer telah mengeluarkan satu komputer riba yang bernama Razer Blade. Apa yang membuatkan komputer riba ini menarik adalah ianya sangat nipis sama seperti MacBook Air. Papan kekunci dan pad sentuh pada komputer riba ini direka khas dengan teliti agar anda dapat menikmati kepuasan ketika menggunakannya. Ia menggunakan kad grafik GTX 1070 Max-Q dan menggunakan prosessor Intel Core i7. Komputer riba ini mampu menandingi komputer riba gaming yang lain seperti Alienware 17 R5 dan Predator Helios 500.

Read More  Saring Berita Viral Sebelum Share di SEBENARNYA.MY

Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut mengenai komputer riba yang terbaik untuk digunakan, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : The Best Laptops of 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...