Kamera Digital Terbaik Untuk Digunakan Oleh Semua Golongan

895

Adakah anda  tahu bahawa jurukamera mempunyai pelbagai jenis kamera yang digunakan untuk menangkap gambar. Jika anda ingin memiliki kamera mengikut keperluan tertentu, anda boleh mengikuti panduan yang kami akan berikan dibawah.

1) Nikon Z6

Kamera Nikon Z6 ini sesuai kepada golongan-golongan yang sememangnya sudah pandai menggunakan kamera seperti ini. Nikon Z6 ini merupakan kamera yang tidak menggunakan cermin pada lensa kamera tersebut. Walaupun ianya lebih kecil daripada kamera Nikon bingkai penuh DSLR, anda  masih dapat merasakan seperti anda memakai kamera DSLR. Kamera Z6 mempunyai 24.5 mega pixel sensor yang sesuai untuk digunakan di kawasan yang gelap jika hendak dibandingkan dengan 45MP. Kamera ini juga menggunakan sistem 273-point hibrid auto fokus yang digunakan untuk mengesan fokus pada gambar yang ingin ditangkap.

2) Sony A7 lll

Jika anda mencari kamera yang boleh memberi anda prestasi yang maksima ketika menggunakannya, anda boleh menggunakan kamera Sony A7 lll. Kamera ini merupakan gabungan daripada 3 jenis kamera menjadi satu. A7S ll sesuai untuk digunakan di kawasan gelap, A7R ll untuk jarak yang dinamik dan A9’s untuk objek yang berkelajuan  pantas ketika menangkap gambar. Anda bayangkan apabila ketiga-tiga fungsi kamera tersebut digabungkan menjadi satu. Hebat bukan. A7 lll mampu menghantar kualiti imej yang menarik walaupun menggunakan ISO yang tinggi. Ia juga amat sesuai kepada videographer kerana A7 lll mampu menyokong video anda sehingga resolusi 4K.

3) FujiFilm X-T3

Kamera FujiFilm X-T3 merupakan kamera yang sesuai untuk anda jika anda ingin menghasilkan gambar dan video yang cantik walaupun tidak pergi kepada mod bingkai penuh. Di bahagian belakang kamera, terdapat sensor cahaya dimana ia boleh boleh menghasilkan gambar yang terbaik walaupun anda menangkap gambar di kawasan yang gelap atau kedudukan objek yang jauh dari kamera. Syarikat ini merupakan pengeluar kedua sensor cahaya selepas model Samsung NX1.

Read More  3 Telefon Pintar Terbaik Pilihan Para Pemain Profesional Permainan Video

Kamera ini juga amat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang gemar untuk membuat video. Refresh Rate yang dihasilkan oleh kamera ini amat pantas sekali, iaitu 100 fps. Sistem autofocus pada kamera ini juga telah dinaik taraf supaya anda semua dapat menggunakannya tanpa menghadapi sebarang masalah.

 

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan kamera-kamera ini mahupun yang lain, anda boleh klik pautan yang telah disediakan di bawah ini.

Sumber : The Best Kamera Digital 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...