3 Skrin Paparan Terbaik Pilihan Ramai 2019

165

Anda tercari-cari skrin paparan yang sesuai untuk anda? Adakah anda tahu bahawa tidak semua skrin paparan yang dijual di pasaran  sesuai dengan anda? Hal ini kerana, kebanyakan skrin paparan direka untuk tujuan tertentu sahaja. Jadi, mari kita lihat jenis-jenis skrin paparan yang terdapat di pasaran.

1) Samsung CF791

Skrin paparan Samsung CF791 merupakan skrin paparan yang terbaik untuk anda semua dari segala aspek. Ianya amat sesuai untuk digunakan samada untuk bermain permainan video, menyunting, menonton cerita dan banyak lagi. Warna dan kontra yang terdapat pada skrin paparan ini amatlah menakjubkan kerana tidak semua skrin paparan dapat menunjukkan prestasi yang terbaik seperti CF791. Tambahan pula, skrin paparan ini mampu menghasilkan kualiti paparan pada 21:9 1440p.

2) Asus ROG Swift PG279Q

Jika dengar sahaja ROG, anda pasti dapat meneka bahawa ianya sesuai digunakan untuk bermain permainan video. Seperti yang anda sedia maklum, Asus gemar untuk mengeluarkan produk mereka yang sesuai untuk bermain permainan video. Skrin paparan ROG Swift PG279Q sangat hebat kerana ia menggunakan Nvidia’s G-Sync untuk memastikan anda bermain permainan video tanpa ada sebarang masalah. Ia juga mampu mencecah resolusi yang paling tinggi iaitu 1440p tanpa ada masalah. Kelajuan Refresh Rate sehingga 165 Hz yang sangat laju juga merupakan salah satu sebab ianya amat sesuai untuk penggemar permainan video.

3) BenQ SW2700PT

Skrin paparan BenQ SW2700PT amat sesuai sekali kepada individu-individu yang bekerja sebagai pereka grafik, penyunting gambar dan penyunting filem/video. Hal ini kerana, skrin paparan ini hanya mementingkan warna yang terang dalam sesuatu gambar. Hasil yang dikeluarkan apabila menggunakan skrin paparan ini amatlah berbeza sekali kerana kebanyakan skrin paparan diluar sana tidak dapat menghasilkan warna pada gambar dan video yang sangat menarik dan terang. Apa yang menarik, ia juga didatangi dengan pelindung mudah alih. Ianya sesuai digunakan apabila anda berada dalam bilik yang cerah dan untuk memastikan skrin paparan dapat memaparkan warna asli grafik yang anda inginkan ketika penyuntingan gambar.

Read More  3 Cara Untuk Mempercepatkan Muat Turun Pada Safari Yang Perlahan

Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang skrin paparan ini dan yang lain, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : The Best Monitors for 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...