Monitor Terbaik Pilihan Penyunting Gambar 2019

184

Adakah anda merupakan seorang penyunting gambar? Skrin paparan yang manakah anda gunakan? Adakah ianya bagus dan sesuai digunakan untuk menyunting gambar? Jadi, hari ini kami akan berkongsi dengan anda semua tentang skrin paparan terbaik untuk menyunting gambar.

1) BenQ SW271

Skrin paparan BenQ SW271 merupakan skrin paparan yang paling diidamkan oleh semua orang. Skrin paparan SW271 ini hanya bersaiz 27 inci, saiz yang paling ideal untuk semua pengguna. Skrin ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik iaitu menyokong HDR, resolusi 4K dan mempunyai sokongan warna yang hebat. BenQ memberitahu bahawa skrin tersebut mampu mencecah sehingga 100% sRGB gamut dan 99% untuk Adobe RGB. Hebat bukan! Skrin SW271 juga mempunyai system pengcahayaan yang baik iaitu sehingga 350 nits.

Anda juga patut berterima kasih kepada panel IPS kerana ianya telah membantu anda dalam menikmati suasana skrin tersebut seperti yang anda inginkan. Samada anda ingin menggunakan skrin tersebut 180 darjah mendatar ataupun menegak.

2) BenQ PD3200U

Jika anda mencari skrin paparan yang murah tetapi berbaloi untuk digunakan, anda boleh menggunakan BenQ PD3200U. Saiz skrin paparannya amatlah besar sekali iaitu 32 inci dan mampu menyokong resolusi 4K. Dengan kecerahannya sehingga 350 nits dan ratio kontra sehingga 1000:1 , anda pasti akan berpuas hati ketika menggunakannya.

3) Samsung CF791

Skrin paparan Samsung CF791 kebiasaannya digunakan untuk bermain permainan video. Hal ini disebabkan, skrin paparannya yang sangat luas dan dan mampu menyokong sehingga resolusi 4k Ultrawide. Apa yang membuatkan orang ramai tertarik dengan skrin paparan ini ialah, skrin tersebut melengkung yang menyebabkannya unik. Ratio kontra yang ditunjukkan juga amatlah hebat kerana ia boleh mencecah sehingga 3000:1 yang akan menyebabkan warnanya menjadi lebih terang dan jelas.

Read More  Snapchat Spectacles Bakal Menjadi Rebutan

Kelajuan skrin paparan ini juga amat menakjubkan kerana ianya boleh mencecah sehingga 100Hz dan tindak balas yang diberi ialah 4ms. Jadi, ianya amat sesuai sekali untuk bermain permainan video dan membuatkan segala pergerakan pada skrin tersebut lebih lancar.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada kami. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.

Sumber: The Best Monitor For Photo Editing

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...