Langkah-Langkah Untuk Menghentikan Iklan Timbul Di Notifikasi Bagi Pengguna Android

318

Untuk pengetahuan anda semua, Google Chrome merupakan pelayar paling terbaik untuk digunakan oleh ramai pengguna. Tidak kiralah jika anda pengguna Android ataupun IOS. Mungkin ada diantara kita sering menghadapi masalah menggunakannya iaitu keluarnya iklan di notifikasi telefon. Jadi, hari ini kami akan berkongsi sedikit trik untuk menghentikan iklan yang timbul di notifikasi bagi pengguna Android.

1# Cara-Cara Untuk Menghentikan Iklan Timbul Di Chrome

                        

 

  • Anda perlu membuka tetapan Chrome dengan menyentuh butang 3 titik menegak yang berada di sebelah kanan bahagian atas skrin.
  • Selepas itu, anda boleh pilih Site Settings.

                               

  • Terdapat 2 pilihan di sini yang kita perlukan di sini, tetapi kita perlu melihat terlebih dahulu Pop-ups and redirects.
  • Anda perlu memastikan bahawa suis togel tersebut telah ditutup untuk menghalang dari munculnya iklan.
  • Selepas itu, anda boleh pilih  Ads pula dan menutup suis togel tersebut untuk memastikan segala iklan-iklan tidak akan timbul di skrin paparan anda.

2# Bagaimanakah Cara Untuk Membenarkan Sesuatu Laman Sesawang Pada Chrome?

                                       

Apabila kita melayari suatu laman sesawang, anda akan mendapati satu notifikasi untuk memberi kebenaran kepada mereka untuk memasuki pelayar anda. Anda boleh memilih samada untuk membenarkan atau menolaknya.

  • Mula-mula sekali, anda perlu membuka Chrome dan sentuh butang 3 titik menegak yang berada di sebelah kanan bahagian atas skrin.
  • Selepas itu, anda perlu pilih butang ( i ) di atas sekali dan pilih Site settings.
  • Jika anda terlihat notifikasi yang memerlukan kebenaran anda, anda boleh memilih samada untuk menerima ataupun menolak.
Read More  Amazon Rapids, Aplikasi Sembang Yang Boleh Mencuri Tumpuan Kanak-kanak

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini sebagai rujukan.

Sumber : How to Stop Pop-Up Ads in Android

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...