Kebaikan Dan Keburukan Menggunakan Fon Kepala Tanpa Wayar Yang Anda Tidak Tahu

267

Adakah anda jenis yang suka untuk memakai fon kepala tanpa wayar? Kenapa anda gemar untuk menggunakannya? Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan menggunakan fon kepala tanpa wayar yang anda tidak tahu. Jadi, marilah kita lihat kebaikan dan keburukan menggunakan fon kepala tanpa wayar tersebut.

1) Transmisi

Pertama sekali, anda perlu tahu teknologi yang digunakan untuk menghantar transmisi kepada fon kepala tersebut. Fon kepala tanpa wayar yang digunakan pada komputer kebiasaannya menerima signal audio tersebut dari pangkalan yang disambung melalui komputer anda. Alat dengar tanpa wayar untuk telefon pintar pula, selalunya akan disambung dengan menggunakan Bluetooth sahaja. Persamaan yang terdapat pada kedua-dua alatan tersebut ialah ianya menggunakan sumber kuasa yang sama iaitu bateri. Anda perlulah memastikan bahawa alatan yang digunakan tersebut menggunakan bateri pakai buang supaya senang untuk digantikan jika kuasa pada bateri tersebut habis mahupun rosak.

2) Kualiti Bunyi

Kualiti bunyi yang dihasilkan oleh fon kepala juga merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil berat. Sebenarnya, semua itu bergantung kepada saiz, jenis dan kualiti pemacu. Reka bentuk fon kepala yang tertutup dapat menghasilkan bunyi yang lebih baik dan anda tidak akan mendengar bunyi bising di sekeliling anda. Alat dengar Bluetooth akan dapat memberi kepuasan yang maksima kepada anda sekiranya anda berada di jarak yang betul. Fon kepala komputer tanpa wayar pula, lebih sesuai untuk digunakan di kawasan yang lebih besar kerana ianya menggunakan frekuensi radio dan inframerah untuk menghantar bunyi.

3) Ketahanan

Masalah yang sering dihadapi oleh pengguna yang menggunakan fon kepala tanpa wayar ialah dari segi ketahanan fon kepala tersebut. Kebiasaannya, fon kepala tidak akan mengalami apa masalah jika terjatuh ke lantai. Tetapi, berbeza sedikit dengan fon kepala yang tidak menggunakan wayar ini kerana fon kepala tersebut dihasilkan dengan ditambah pelbagai litar elektronik yang menyebabkannya kehilangan daya tahan apabila terjatuh.

Read More  Bagaimana Untuk Mencegah Jenayah Siber di Syarikat Anda

4) Tujuan

Ketika anda ingin membeli fon kepala, anda perlu tahu tujuan kegunaan fon kepala itu. Hal ini kerana, tidak semua fon kepala yang dihasilkan adalah untuk tujuan yang sama. Ada di antaranya dihasilkan khas untuk bermain permainan video, mendengar muzik dan banyak lagi. Jadi, untuk anda mencapai kepuasan yang anda inginkan, anda perlulah membuat kaji selidik mengenai fon kepala terlebih dahulu.

Akhir sekali, diharapkan dengan perkongsian daripada kami dapat memberi sedikit ilmu yang baru kepada anda semua. Untuk ketahui maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang kami telah kami sediakan di bawah.

Sumber : Reviewing the advantages and disadvantages Of Wireless Headphones.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...