Bagaimana Untuk Memuat Naik Gambar Ke Instagram Daripada PC atau MAC

216

Seperti yang anda sedia maklum, Instagram tidak membolehkan anda untuk memuat naik gambar dari desktop anda. Tidak ada cara untuk melakukannya walaupun anda menggunakan aplikasi rasmi di Windows 10, atau laman web Instagram. Juga, tiada aplikasi yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar di MacOS.

Jangan khuatir, terdapat satu aplikasi yang percuma untuk anda memuat naik gambar ke dalam aplikasi Instagram.

 Vivaldi

1. Dapatkan Vivaldi

Penyemak imbas web yang disesuaikan Vivaldi menawarkan cara tercepat dan paling mudah untuk memuat naik gambar ke Instagram dari PC atau Mac anda. Ia dapat menjalankan versi mudah alih laman web Instagram dalam panel web.

Muat turun dan pasang Vivaldi, kemudian sama ada anda menggunakan wizard untuk mengimport penanda halaman dan tetapkan pilihan anda, atau klik ‘Langkau semua’ dan teruskan dengan tetapan default penyemak imbas.

2. Buat panel web

Navigasi ke www.instagram.com, kemudian klik ikon tambah (Tambah Panel Web) di sebelah kiri antara muka pelayar. URL akan diisi secara automatik, jadi yang perlu anda lakukan ialah klik tambah lagi.

Versi mudah alih Instagram kini akan muncul di sisi bar di sebelah kiri pelayar, dan akan tetap disitu walaupun anda melayari laman web lain. Log masuk ke akaun anda, kemudian ubah saiz sisi bar sehingga laman web mudah alih disuaikan dengan tepat.

3. Muat naik ke Instagram

Klik ikon tambah di bahagian bawah tapak web untuk memilih gambar dari PC atau Mac anda, gunakan penapis, tambah kapsyen dan tag, dan muat naik ke akaun anda.

Kredit: Techradar

 

 

Read More  Cari Parkir Kosong Hanya Menggunakan Google Maps!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...