3 Telefon Pintar Terbaik Pilihan Para Pemain Profesional Permainan Video

0 221

Adakah kita sedar bahawa di zaman yang serba canggih ini, kita telah melahirkan ramai pemain permainan video profesional dan dijadikan sebagai kerjaya. Tidak kiralah samada ia bermain permainan tersebut pada konsol, komputer mahupun telefon pintar. Yang pasti, mereka mestilah mahu bermain tanpa ada gangguan seperti cepat panas, tersekat-sekat dan sebagainya. Jadi, mari kita lihat telefon pintar yang terbaik pilihan para pemain profesional permainan video.

1) Razer Phone 2

Jika sebut sahaja jenama Razer, pasti semua akan kenal dan mengetahui kualiti barangan yang telah mereka hasilkan selama ini. Razer Phone 2 merupakan telefon pintar khas untuk bermain permainan video keluaran syarikat Razer. Skrin paparan pada telefon ini lebih cerah dan pembesar suaranya lebih kuat berbanding telefon pintar yang lain. Ianya juga mempunyai sistem penyejukan yang telah ditambah baik untuk memastikan anda semua dapat bermain dengan lancar tanpa mengalami sebarang masalah. Tambahan pula, cip pemprosesan yang digunakan juga amat gempak, iaitu Snapdragon 845 dan mempunyai 8GB RAM. Apa yang membuatkan telefon ini lebih menarik ialah telefon ini adalah kalis air dan anda mampu bermain permainan video di mana-mana sahaja yang anda inginkan.

2) Huawei Mate 20 Pro

Andaikata anda ingin mencari telefon pintar yang bukan sahaja sesuai untuk bermain permainan video, bahkan sesuai untuk menangkap gambar dan sebagainya. Anda boleh menggunakan Huawei Mate 20 Pro. Kuantiti bateri pada telefon ini ialah sebanyak 4200mAh. Anda mampu bermain tanpa perlu memikirkan bateri telefon anda akan habis. Pemprosesan yang digunakan oleh telefon ini juga gempak iaitu Kirin 980 dan 8GB RAM. Telefon pintar ini amat hebat sekali jika anda melihat sekali imbas spesifikasinya. Jika anda gemar untuk menangkap gambar, telefon ini mampu menyediakan kemudahan tersebut mengikut cita rasa yang anda inginkan. Kamera pada telefon ini mempunyai 3 lensa pada kamera bahagian belakang telefon tersebut.

Read More  3 Perkara Yang Perlu Anda Tukar di Setting Untuk Telefon Yang Baru Dibeli

3) Apple IPhone XR

Jika anda penggemar jenama Apple, anda boleh menggunakan IPhone XR untuk bermain permainan video. Ramai orang gemar menggunakan IPhone kerana spesifikasi dan sistemnya yang menarik. Grafik yang dihasilkan apabila menggunakan telefon ini amatlah memberangsangkan. Pemprosesan yang digunakan oleh IPhone XR ialah A12 Bionic. Prosessor ini hanya terdapat pada IPhone yang terbaru sahaja. Skrin telefon ini juga cukup besar jika anda inginkan kepuasan yang maksima ketika bermain permainan video.

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian daripada kami. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : Best Gaming Phone 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...