Pocophone F1, Telefon Pintar Keluaran Xiaomi Yang Mampu Menandingi Razer

434

Seperti yang anda semua sedia maklum, Xiaomi telah mengeluarkan telefon pintar keluaran baru mereka iaitu Pocophone F1. Pocophone di dalam bahasa Sepanyol bermaksud telefon kecil. Ia disebabkan mereka bermula secara kecil-kecilan dan mempunyai impian yang sangat besar. Telefon ini amat sesuai untuk anda yang gemar untuk bermain permainan video. Harganya juga berpatutan untuk dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Jadi, mari kita lihat spesifikasi telefon pintar ini samada ia berbaloi ataupun tidak untuk dimiliki.

Pocophone F1 ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana harganya yang murah jika hendak dibandingkan dengan telefon pintar keluaran Razer yang harganya mencecah sehingga RM3000. Walaupun spesifikasi telefon ini tidaklah terlalu hebat seperti Iphone dan Samsung, ia masih mampu untuk menandingi jenama-jenama tersebut.

Spesifikasi Pocophone F1

  • Badan: Plastic frame, Kevlar or Plastic back, Gorilla Glass front
  • Skrin Paparan: 6.18″ IPS LCD, 2,246×1,080px resolution, 18.7:9 aspect ratio, 403ppi.
  • Kamera Belakang: Primary 12MP, Type 1/2.55″ sensor, 1.4µm pixel size, f/1.9 aperture, dual pixel PDAF; Secondary 5MP – serving as depth sensor. 2160p/30fps, 1080p/240fps slow motion.
  • Kamera Depan: 20MP, 0.9µm pixel size, f/2.0 aperture; 1080p/30fps video recording.
  • Sistem Operasi: Android 8.1 Oreo; MIUI 9.5 for Poco custom overlay, MIUI 10 on the way.
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 845: octa-core CPU (4×2.8 GHz Kryo 385 Gold & 4×1.7 GHz Kryo 385 Silver), Adreno 630 GPU.
  • Memori: 6/8GB of RAM; 64/128/256GB storage; (hybrid) microSD slot.
  • Bateri: 4,000mAh Li-Po; QuickCharge 3.0 fast charging.
  • Sambungan: Dual-SIM; LTE-A, 4-Band carrier aggregation, Cat.16/13 (1Gbps/150Mbps); USB-C; Wi-Fi a/b/g/n/ac; dual-band GPS; Bluetooth 5.0; FM radio
  • Misc: Rear-mounted fingerprint reader; stereo speakers; infrared face recognition; 3.5mm jack.
Read More  Perisian Yang Terbaik Untuk Digunakan Bagi Mereka Yang Gemar Menghasilkan Muzik

Apa yang membuatkan Pocophone ini menarik perhatian kami adalah disebabkan spesifikasi yang yang tinggi tetapi harganya amat murah sekali. Salah satu spesifikasi yang menarik pada telefon ini ialah ia mempunyai kamera inframerah dan IR illuminator yang berfungsi untuk face unlock. Jika anda jenis yang gemar selfie, anda boleh menggunakan telefon ini kerana kamera depannya didatangi dengan 20 megapixel.

Cip pemprosesan yang digunakan juga merupakan antara cip yang amat bagus sekali kerana ia menggunakan cip Snapdragon 845. Telefon ini sudah dapat menandingi telefon pintar Razer kerana cip yang digunakan olehnya hanyalah Snapdragon 835. Tambahan pula, ia juga mempunyai sistem penyejukan cecair yang digunakan untuk menghalang telefon ini dari terlampau panas ketika menggunakannya untuk bermain permainan video dan sebagainya.

Setakat itu dahulu perkongsian daripada kami. Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.

Sumber : Pocophone F1 by Xiaomi Review

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...