Pemutih Gigi Ini Dikuasakan Oleh Telefon Pintar Anda

0 54

Siapa yang tak suka gigi putih kan? Mungkin anda sudah mencuba pelbagai jenis pemutih gigi tetapi tak semuanya berkesan dalam masa yang singkat. Melainkan anda pergi terus ke klinik gigi untuk pemutihan segera. Tetapi, ada satu lagi teknologi baru yang mungkin anda belum familiar di Malaysia iaitu teknologi pemutihan gigi yang hanya menggunakan telefon pintar.

Ia bertindak dengan sungguh pantas dan langsung tiada mempunyai sebarang rasa. SmileDirectClub, sistem pemutihan gigi ini direka khas untuk membuang kotoran yang telah lama berada di celah-celah gigi. Ia berfungsi tiga kali lebih pantas daripada pemutihan jalur yang terdapat di pasaran. Bermaksud, anda hanya perlu meluang masa selama 5 minit dua kali seminggu untuk membuat rawatan gigi di rumah. Ia mempunyai empat jenis bahan, dan mengandungi agen pemutih enamel yang selamat dan digunakan oleh doktor gigi.

Untuk menggunakannya, anda perlu memasang lampu pemecut LED ke telefon pintar anda untuk menghidupkan kuasa. Sistem ini diaktifkan oleh cahaya dan boleh memutihkan gigi anda lebih cepat dan lebih cekap.

 

Anda boleh membeli sistem ini di Amazon atau di laman web SmileDirectClub sendiri. Harga lampu LED dengan satu set pemutihan adalah $49 (RM199.85) manakala kit pemutihan penuh, termasuk lampu LED dan sembilan pen pemutihan berharga $79 (RM322.20). Pen tambahan dijual dalam empat pek $29 (RM118.28) dan lapan pek $49 (RM199.85).

Sumber: Techwalla

Read More  Kini Anda Boleh Kongsikan Facebook Stories Dalam Grup Dan Acara!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...