Ketuhar Gelombang Mikro Pilihan Wanita-Wanita Di Malaysia

290

Statistik daripada Kementerian Kesihatan mengatakan Malaysia adalah negara yang gemar mengambil makanan ringan sebagai makanan seharian mereka. Oleh dengan itu, penggunaan ketuhar gelombang mikro dapat menjimatkan masa jika kita ingin memanaskan makanan yang telah dibeli.

1 )Kenmore 80333

Untuk pengetahuan anda semua, ketuhar Kenmore 80333 merupakan ketuhar gelombang mikro yang terbaik jika anda ingin bandingkan dengan kesemua jenis ketuhar yang ada. Apa yang menyebabkan orang ramai tertarik dengan ketuhar ini ialah ketuhar ini mempunyai sensor memasak. Dengan adanya sensor ini, anda tidak perlu risau jika makanan yang anda masak atau panaskan terlebih masak sehingga hangus dan sebagainya. Tambahan pula, anda juga akan mendapat rak memasak secara percuma yang akan membantu anda untuk menambah ruang memasak. Ianya juga mempunyai fungsi untuk memanaskan makanan tanpa anda perlu risau suhu yang berlebihan ketika digunakan. Anda hanya perlu menekan butang panaskan untuk memanaskan makanan.

2) Insignia NS-OTR16SS8

Jika anda ingin mencari ketuhar gelombang mikro yang harganya tidak terlampau mahal dan melebihi bajet yang sedia ada, anda boleh membeli Insignia NS-OTR16SS8. Walaupun ketuhar ini tidak berada dalam senarai carian paling tinggi, ianya masih berbaloi untuk digunakan kerana harganya yang murah dan ciri-ciri yang berbaloi. Ianya telah direka khas untuk memanaskan makanan dan memasak bertih jagung. Ketuhar ini mempunyai lebih banyak butang tetapan berbanding ketuhar yang lain. Apa yang membuatkan ketuhar ini menarik perhatian kami adalah disebabkan satu fungsinya iaitu fungsi memori. Dengan adanya fungsi memori ini, anda dapat menyimpan tetapan yang telah anda gunakan sebelum ini dan anda tidak perlu bersusah payah berkali-kali menetapkan tetapan setiap kali anda ingin memasak atau memanaskan makanan.

Read More  Apa itu Fail .DOCX, dan Bagaimana Ia Berbeza daripada Fail .DOC di Microsoft Word?

3) GE JVM3160RFSS

Sesetengah pengguna tidak gemar dengan warna ketuhar mikro yang sedia ada. Kebiasaannya, ketuhar yang dijual di kedai-kedai tidak mempunyai banyak pilihan warna yang diberikan. Jadi, jika anda  meminati ketuhar yang mempunyai banyak pilihan warna, anda boleh menggunakan GE JVM3160RFSS. Ketuhar ini mempunyai tetapan yang sedikit jika anda ingin membandingkan dengan ketuhar yang lain. Ketuhar ini juga menyediakan satu butang tetapan untuk mempercepatkan masa untuk menghidupkan ketuhar.

Kami harap dengan perkongsian daripada kami ini dapat membantu anda dalam memilih ketuhar mikro yang anda inginkan. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang kami telah sediakan di bawah.

Sumber : Best Range Microwave 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...