Perisian Kad Ucapan Paling Diminati Pada Tahun 2019

0 98

Anda pasti perasan bukan bahawa kad ucapan yang dijual di kedai hadiah ataupun di pasar raya kadang-kadang tidak menarik kerana faktor reka bentuknya. Anda pastinya mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih kad ucapan untuk diberikan kepada seseorang bukan? Pada hari ini kami berkongsi dengan anda semua tentang perisian yang terbaik untuk membuat kad ucapan mengikut cita rasa anda sendiri.

1) Print Artist 25 Platinum

Perisian Print Artist 25 Platinum merupakan perisian yang terbaik untuk anda gunakan jika anda benar-benar ingin membuat kad ucapan yang terbaik. Hal ini kerana, perisian ini juga mampu untuk membuat reka bentuk yang lain selain daripada kad ucapan sahaja. Antara reka bentuk lain yang kita boleh hasilkan menggunakan perisian ini ialah kalendar, stiker kereta, baju, beg hadiah dan banyak lagi. Perisian ini mempunyai  28,000 templat yang boleh kita gunakan untuk menghasilkan kad ucapan yang diinginkan. Anda tidak perlu risau kerana anda juga boleh membuat kad ucapan tersebut dari kosong tanpa menggunakan templat yang telah disediakan. Perisian ini menyediakan video tutorial kepada anda jika anda tidak tahu untuk menggunakan perisian tersebut.

2) Canva

Jika sebut sahaja perisian Canva, pasti ramai sahaja yang tahu tentang ini kerana perisian ini sudah ada sejak tahun 2012 lagi. Perisian ini amat digemari terutamanya dikalangan pelajar sekolah dan universiti kerana ianya mudah untuk digunakan. Canva juga menyediakan pelbagai jenis templat yang boleh anda gunakan untuk membuat kad bisnes atau undangan, poster dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda semua, tidak semua templat yang disediakan adalah percuma. Anda perlu membeli templat tersebut jika templat yang anda ingin gunakan itu berbayar. Untuk menggunakan perisian ini tidaklah susah kerana barang penyuntingan yang berada di dalam perisian ini tidak banyak berbanding perisian yang lain dan memerlukan masa yang singkat sahaja untuk mahir menggunakannya. Canva memudahkan lagi kerja anda dengan menyediakan video tutorial supaya anda dapat menggunakannya dengan selesa.

Read More  Pocophone F1, Telefon Pintar Keluaran Xiaomi Yang Mampu Menandingi Razer

3) Print Artist Gold

Jika anda seorang yang gemar untuk berkongsi setiap hasil kerja anda di media sosial, perisian Print Artist Gold merupakan pilihan yang terbaik untuk anda semua. Anda juga boleh meletakkan suara ke dalam kad ucapan anda jika anda inginkan kelainan dari yang lain. Templat yang telah disediakan oleh perisian ini banyak sekali jika hendak dibandingkan dengan perisian yang lain. Jika anda ingin menulis sesuatu pada kad ucapan itu, anda perlu menggunakan ayat anda sendiri kerana perisian ini tidak menyediakan templat untuk anda.

Untuk ketahui perkara ini dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini .

Sumber : Best Greeting Card Software 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...