Perisian Reka Bentuk Rumah Terbaik Pada Tahun 2019

314

Pada zaman yang serba canggih ini, anda boleh lihat pelbagai jenis rumah yang telah dibina dan reka bentuknya amat menarik sekali. Anda mesti tertanya-tanya bukan, perisian apakah yang mereka gunakan untuk membuat reka bentuk rumah-rumah tersebut. Jangan risau, kerana hari ini kami akan bongkarkan untuk anda tentang perisian yang digunakan oleh pereka bentuk rumah.

1) Virtual Architect Ultimate

Virtual Architect Ultimate merupakan perisian yang paling diminati dan digunakan oleh pereka bentuk rumah. Sesiapa sahaja boleh belajar untuk menggunakannya, tetapi anda perlu meluangkan sedikit masa untuk mempelajarinya. Perisian ini mempunyai 9 program yang sudah dipasang di dalamnya untuk membantu anda mempelajari perisian tersebut. Anda boleh mengubah reka bentuk mengikut kehendak dan keperluan anda. Untuk pengetahuan anda, apa yang membuatkan perisian ini menarik adalah ia mampu untuk mengira berapa banyak bahan dan kos yang diperlukan untuk membina rumah yang telah dibina oleh perisian ini.

2) Home Designer Suite

Jika anda merupakan salah seorang pengguna Mac Apple, anda boleh menggunakan perisian Home Designer Suite. Jika anda telah menyiapkan reka bentuk rumah tersebut, anda boleh menyimpannya di dalam pelbagai format yang anda inginkan. Tambahan pula, perisian ini juga menyediakan templat perabot supaya anda dapat melihat gambaran rumah idaman anda yang dipenuhi dengan perabot rumah.

3) TurboFloor Plan Home & Landscape Deluxe

Andai kata anda seorang yang berjimat cermat dan tidak mahu menghabiskan banyak wang untuk membeli perisian yang tidak sesuai dengan keperluan anda, anda boleh menggunakan TurboFloor Plan Home & Landscape Deluxe. Perisian ini mungkin berbeza dengan perisian yang lain dari segi penggunaan ataupun fungsi, tetapi ia masih cukup untuk membuat kebanyakan kerja dengan senang. Perisian ini sangat sesuai kepada pengguna yang baru menggunakannya kerana TurboFloor akan membimbing anda sehingga mahir. Tambahan pula, ia juga menyediakan video tutorial tentang penggunaan perisian ini agar anda dapat mempelajarinya dengan lebih mudah.

Read More  6 Alternatif Terbaik Dan Murah Untuk Adobe Photoshop!

Untuk ketahui maklumat tentang perisian ini dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.

Sumber : Best Home Design Software 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...