3 Jenis Pemanggang Terbaik Yang Berada Di Pasaran
Untuk pengetahuan anda semua, kami telah mengkaji pelbagai jenis pemanggang supaya anda dapat menikmati masakan yang anda inginkan dengan menggunakan pemanggang tersebut. Setelah kami membuat perbandingan, terdapat 3 jenis pemanggang iaitu pemanggang jenis gas, elektrik dan inframerah. Persoalannya, pemanggang yang manakah merupakan pilihan terbaik yang anda boleh gunakan? Marilah kita bersama-sama melihat pemanggang manakah merupakan pilihan terbaik yang boleh anda gunakan.
1) Weber Spirit II (Gas)
Harga | RM 2200 |
Jenis Bahan Api | Propana |
Kuasa Haba | 32,000 Btu |
Waranti | 5 Tahun |
Keluasan Kawasan (SQ. IN) | 529 |
Jika anda seorang yang suka memanggang dengan menggunakan cara tradisional iaitu dengan menggunakan gas, anda boleh menggunakan Weber Spirit II. Prestasi yang ditunjukkan oleh pemanggang ini sangat memberangsangkan jika hendak dibandingkan dengan pemanggang yang lain. Ia juga dibina hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti sahaja. Apa yang membuatkan pemanggang ini menjadi kegilaan orang ramai ialah pemanggang ini mampu mengekalkan suhu yang kita inginkan dalam jangka masa yang lama.
2) Char-Broil Performance (Inframerah)
Harga | RM 1100 |
Jenis Bahan Api | Propana |
Kuasa Haba | 37,000 Btu |
Waranti | 5 Tahun |
Keluasan Kawasan Memasak (SQ. IN) | 500 |
Char-Broil Perfomance merupakan pemanggang yang menggunakan inframerah dan merupakan pemanggang yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan pemanggang inframerah yang lain. Tambahan pula, harganya amat murah sekali jika hendak dibandingkan dengan pemanggang inframerah yang lain .Selain itu, prestasi yang ditunjukkan oleh pemanggang ini sememangnya menakjubkan apabila kami menjalankan pelbagai eksperimen seperti berapa lama yang diperlukan untuk pemanggang tersebut panas sepenuhnya dan ketahanan haba yang dihasilkan olehnya.
3) Cuisinart Griddler (Elektrik)
Harga | RM 700 |
Jenis Bahan Api | Elektrik |
Kuasa Haba |
500 Degree (F) |
Waranti | 3 Tahun |
Keluasan Kawasan Memasak (SQ. IN) | 132 |
Pemanggang Cuisinart Griddler amat sesuai kepada pengguna yang tidak gemar untuk berada di luar rumah ataupun tidak suka asap yang terlampau banyak akibat penat mahupun lelah. Ia hanya menggunakan tenaga elektrik sahaja. Pemanggang ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memanaskan tempat memasak tersebut dan mampu memasak pelbagai jenis hidangan tanpa sebarang masalah. Pemanggang Griddler ini mempunyai 6 jenis tetapan yang anda boleh gunakan untuk memasak. Apa yang membuatkan pemanggang ini istimewa ialah ia mempunyai pinggan sendiri yang boleh anda gunakan untuk meletakkan makanan yang telah siap untuk dihidangkan.
Diharapkan dengan perkongsian daripada kami ini dapat membantu anda semua sedikit sebanyak dalam mencari pemanggang yang terbaik untuk digunakan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.
Sumber : Best Grills 2019
Komen