Perisian Filem Blu-ray Yang Boleh Ditonton Oleh Seisi Keluarga.

0 169

Jika anda gemar untuk menonton filem ataupun memuat turun video dari internet, anda pasti  mencari kategori Blu-ray kerana kebanyakkan filem yang kita tonton di pawagam dan televisyen mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang telah dipotong dan kita hanya boleh melihat bahagian dipotong di Blu-ray sahaja. Oleh itu, perisian yang manakah yang anda boleh gunakan untuk melihat filem jenis  blu-ray ini? Mari kita lihat satu persatu contoh perisian yang anda boleh pilih dari internet.

1) PowerDVD

Perisian PowerDVD merupakan perisian yang paling digemari dan paling banyak digunakanoleh orang ramai. Anda boleh menonton filem blu-ray dimana sahaja samada  samada di telefon, di televisyen atau  di komputer anda. Tambahan pula, anda boleh muat turun aplikasi ini di telefon anda supaya boleh dijadikan sebagai alat kawalan. Untuk pengetahuan anda, tidak semua perisian mempunyai ciri-ciri yang sama seperti perisian ini.

2) Macgo Blu-ray Player

Jika anda tercari-cari perisian blu-ray yang mempunyai harganya berpatutan dan mampu milik, anda boleh menggunakan perisian Macgo Blu-ray Player. Walaupun ianya tidak dilengkapi dengan ciri-ciri yang canggih seperti PowerDVD, tidak mengapa kerana ianya tidak akan mengganggu anda dari menonton filem blu-ray dan anda tidak perlu membayar sebarang cas untuk menikmati ciri-ciri tersebut. Ianya juga mudah untuk digunakan kerana paparan tidak terlalu padat seperti perisian yang lain.

3) Leawo Blu-ray Player

Perisian Leawo Blu-ray Player merupakan perisian yang menggunakan ruang memori yang paling sedikit jika hendak dibandingkan dengan perisian yang lain. Perisian ini hanya menggunakan 4% daripada kuasa pemprosesan komputer anda. Anda boleh menonton filem yang anda inginkan sambil membuka perisian lain. Prestasi komputer anda tetap mantap dan berjalan lancar ketika anda menggunakannya.

Read More  Cara Untuk Melihat Grup Manakah Yang Dimiliki Oleh Akaun Pengguna Linux Anda!

 

Sumber : Best Blu-ray Player Software 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...