Mesin Pencetak Manakah Merupakan Favourite Orang Ramai?

175

Untuk pengetahuan semua, mesin pencetak merupakan salah satu alat yang amat penting dan berguna terutamanya kepada pelajar universiti dan golongan korporat. Tetapi, terdapat satu masalah yang sering dihadapi oleh orang iaitu masalah untuk mencari mesin pencetak yang terbaik untuk digunakan. Jadi, hari ini kami akan berkongsi dengan anda semua mesin pencetak yang terbaik untuk digunakan.

1) HP Officejet Pro 8740 (RM 1090 )

Mesin pencetak ini telah menunjukkan prestasi yang terbaik sepanjang penggunaan mesin pencetak Officejet ini. Hal ini kerana, mesin pencetak ini mampu untuk mencetak kertas sebanyak 8740 helai dalam sebulan. Mesin pencetak yang lain juga tidak mampu untuk menandingi kemampuan Officejet ini. Ia juga dilengkapi dengan dulang kertas tambahan dan kapasiti kertas sebanyak 500 helai. Jika anda ingin mencetak menggunakan warna hitam putih sahaja, anda dapat mencetaknya dengan pantas iaitu 15 muka surat seminit.

2) Canon Pixma MG7720 (RM 500)

Mesin pencetak Canon Pixma MG7720 merupakan mesin pencetak keluaran syarikat Canon. Seperti anda sedia maklum, mesin pencetak ini amat sesuai untuk digunakan untuk mencetak gambar yang berwarna ataupun hitam putih. Kualiti gambar yang terhasil selepas menggunakan mesin pencetak ini amatlah cantik dan bagus. Saiz mesin pencetak ini juga tidaklah terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan mesin pencetak yang lain.

3) Brother Business Smart Plus MFC-J533DW (RM 990)

Jika anda tidak mampu untuk membeli mesin pencetak yang harganya terlampau mahal dan bajet anda tidak mencukupi, jangan risau kerana anda boleh menggunakan Brother Business Smart Plus ini kerana harganya yang berpatutan. Dengan menggunakan mesin pencetak ini, anda masih dapat menggunakan kelebihan yang terdapat pada mesin pencetak yang mahal. Ia juga dapat mencetak 15 muka surat dalam masa seminit sama seperti HP Officejet Pro 8740. Anda juga boleh mencetak sesuatu bahan dengan menggunakan saiz A3 dan A4.

Read More  Cara Untuk Mengubah Saiz Storan Recycle Bin Di Windows 10

Sumber : Best All in One Printer 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...