Mop Berwap Yang Paling Hebat Untuk Digunakan

234

Bagi kaum wanita yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, pastinya anda ingin mencari alatan yang sesuai membersihkan rumah. Ketahui 3 mop berwap yang amat sesuai digunakan untuk membersihkan segala kekotoran di lantai.

1) Bissell PowerFresh

Mop Bissell PowerFresh ini dapat memberikan anda 3 tahap yang berlainan yang membolehkan anda melaraskan untuk membersihkan kekotoran yang terdapat di permukaan lantai. Saiz lebar mop ini amat panjang iaitu 13 inci dan mampu membersihkan semua kawasan tanpa sebarang halangan. Wap yang dikeluarkan oleh mop ini juga amat banyak dan dapat dihasilkan dalam masa yang singkat. Suhu wap yang dikeluarkan oleh Bissell mampu mencecah sehingga 175 darjah Fahrenheit, merupakan suhu yang yang paling panas jika hendak dibandingkan dengan mop berwap yang lain.

2) Light ‘N’ Easy

Jika anda mencari mop yang berwap dengan harga yang mampu milik, anda boleh membeli mop berwap Light ‘N’ Easy. Mop ini sangat ringan jika hendak dibandingkan dengan mop berwap yang lain. Mop ini dapat menghapuskan segala kekotoran termasuklah membersihkan bahan kimia. Mop ini dapat membersihkan segala kekotoran dengan mudah apabila anda menggunakannya dengan suhu yang tinggi. Mop berwap ini tidak mempunyai banyak aksesori kerana ia direka khas untuk membersihkan lantai sahaja.

3) Oreck Steam-It

Jika anda ingin mencari mop yang anda dapat gunakan dalam jangka masa yang panjang, anda boleh cuba mop Oreck Steam-It. Apa yang membuatkan mop ini sangat istimewa jika hendak dibandingkan dengan mop berwap yang lain ialah ianya mempunyai tangki simpanan air yang besar. Dengan menggunakan mop ini, anda mampu menggunakannya kira-kira dalam 46 minit. Mop berwap ini merupakan mop paling mahal yang pernah dihasilkan.

Read More  Rahsia Lubuk Barang Branded Murah!

Sumber : Best Steam Mops of 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...