Mesin Basuh Terbaik Pilihan Para Wanita

660

Bagi kaum wanita yang sudah bergelar isteri dan mempunyai anak kecil di rumah, pastinya anda mengalami pelbagai kesulitan seperti mencuci pakaian, sidai pakaian dan banyak lagi. Kita kadang-kadang tidak sempat untuk melakukan semua itu kerana terlampau banyak kerja yang perlu dilakukan. Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu, kami akan berkongsi mesin basuh manakah yang dapat meringankan beban anda.

1) GE WSLP1500HWW (RM 4000)

Dengan menggunakan mesin basuh ini, anda tidak perlu risau kerana pakaian anda diyakini akan bersih. Walaupun mesin basuh ini bersaiz kecil dari luaran, saiz bahagian dalam mesin ini ialah 2.6 kaki padu. Dengan saiz tersebut, anda mampu membersihkan lebih banyak pakaian dalam satu masa. Anda juga boleh menggunakan 8 jenis cara basuhan sesuai dengan berapa kuantiti pakaian, jenis kain dan tahap kekotoran yang ingin dicuci. Ianya juga senang untuk digunakan dengan adanya paparan LED dan kawalan elektronik.

2) Danby DWM045WDB(RM1850)

Mesin basuh ini sangat mudah dan tidak secanggih mesin basuh yang lain. Tetapi, apa yang membuatkan ianya menarik ialah mesin basuh ini mempunyai 5 tahap air yang boleh anda tetapkan dan 11 kitaran basuhan yang lebih banyak dari mesin basuh yang lain. Dengan pelbagai pilihan yang ada, anda boleh mencuci pakaian anda tanpa perlu risau jenis kain yang ingin dicuci. Harga mesin basuh ini amatlah murah dan berpatutan jika anda benar-benar ingin membelinya. Ia juga hanya menggunakan tenaga elektrik yang sedikit kerana mesin basuh ini bersifat ekonomi.

3) Avanti TLW16D0W(RM1480)

Jika anda sedang mencari mesin basuh yang dapat menjimatkan daripada penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan, anda boleh menggunakan Avanti TLW16D0W. Mesin basuh ini sememangnya direka untuk anda yang ingin berjimat dari membayar bil elektrik yang berlebihan disebabkan oleh penggunaan mesin basuh. Dengan menggunakan mesin basuh ini, anggaran bil elektrik yang hanyalah RM48 ringgit sahaja.

Read More  Netflix Lancarkan Muat Turun Pintar (Smart Download) untuk Pengguna Telefon Bimbit

Dengan sedikit perkongsian daripada kami ini, diharapkan dapat membantu kaum wanita di luar sana dalam usaha untuk memudahkan kerja rumah mereka. Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : Best Portable Washing Machine 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...