Jika anda gemar dan suka untuk melukis buku komik ataupun manga, tetapi anda mempunyai masalah untuk mencari perisian yang sesuai untuk anda melukis komik dan manga. Anda tidak perlu risau kerana hari ini kami akan berkongsi tentang perisian yang terbaik boleh anda untuk melukis komik.
1) Clip Studio Paint Pro
Perisian ini dahulunya lebih dikenali sebagai Manga Studio, merupakan perisian buku komik yang terbaik pernah ada di pasaran kerana pemilihan alat, ciri ilustrasi yang menarik dan banyak lagi. Anda boleh melukis komik anda dalam banyak lapisan untuk mencantikkan lukisan anda. Perisian ini juga dilengkapi dengan pelbagai kesan khas, lokasi dan templat untuk watak anda.
2) ComiPo!
ComiPo! yang juga lebih dikenali sebagai Manga Maker ComiPo! boleh didapati di beberapa laman sesawang termasuklah crunchyroll.com dan Steam. Walau di mana jua anda membeli perisian ini, harganya tetap sama dan tidak berubah. Perisian ini berbaloi untuk dibeli kerana harganya murah dan sesuai untuk digunakan untuk semua peringkat umur. Jika anda hendak menggunakan perisian ini tetapi tidak mempunyai bakat melukis, jangan risau kerana perisian ini tidak memerlukan kepakaran melukis untuk menggunakannya.
3) Comic Creator
Jika anda memang mempunyai minat tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman dalam melukis, tetapi ingin menceburi dalam bidang ini, anda boleh menggunakan perisian Comic Creator untuk permulaan. Segalanya sudah tersedia di dalam komik ini jika anda memerlukan sesuatu untuk diletakkan di dalam komik anda seperti kesan khas, latar belakang, karakter dan banyak lagi. Perisian ini sudah menyediakan pelbagai templat kepada anda supaya anda tidak merasa beban ketika ingin menggunakannya.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada kami pada hari ini. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih perisian yang sesuai dengan anda. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.
Sumber : Best Comic Book Creator 2019
Komen