Perisian Memuat Turun Video Paling Laju 2019

268

Jika anda gemar untuk memuat turun video dari mana-mana laman web yang anda lihat berbanding menontonnya secara langsung, pastinya anda selalu tercari-cari perisian yang sesuai untuk digunakan untuk memuat turun video itu. Jangan risau kerana kami akan berkongsi tentang perisian yang manakah yang sesuai untuk digunakan untuk memuat turun video yang kita inginkan.

1) AllMyTube

Perisian AllMyTube merupakan perisian yang paling digemari dan menjadi pilihan orang ramai. Anda hanya perlu meletakkan pautan video yang anda ingin muat turun. Resolusi video yang ingin dimuat turun boleh dipilih samada anda mahu resolusi yang tinggi ataupun rendah. Anda juga boleh pindahkan video yang anda muat turun dari komputer anda ke dalam telefon hanya dengan menggunakan Wifi.

2) Video Downloader Ultimate

Video Downloader Ultimate merupakan salah satu perisian yang murah jika anda tidak mampu untuk membeli perisian yang harganya agak mahal. Dengan menggunakan perisian ini, anda tidak perlu untuk mencari alat pengubah fail. Semua alat yang berada di dalam perisian ini boleh digunakan kerana anda akan diberi akses sepenuhnya apabila anda membeli perisian ini.

3) Replay Media Catcher

Perisian Replay Media Catcher merupakan perisian yang terbaik jika anda ingin memuat turun video yang anda inginkan secara automatik. Video tersebut boleh dimuat turun secara automatik apabila video tersebut dimainkan di pelayar anda. Perisian ini sesuai digunakan samada untuk pengguna Mac dan Windows.

Untuk ketahui tentang perisian ini dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan di bawah yang telah kami sediakan untuk anda.

Sumber : Best Video Downloader Software 2019

Read More  Langkah Mendapatkan Mod Potret untuk Android

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...