Perisian Penyuntingan Gambar Yang Digunakan Oleh Industri Multimedia

196

Jika anda gemar untuk menyunting gambar dan ingin bekerja dalam industri multimedia dalam bidang penyuntingan gambar dan poster, ianya merupakan pilihan yang bagus kerana industri ini semakin berkembang. Jadi, hari ini kami akan berkongsi tentang perisian-perisian yang terbaik untuk penyuntingan gambar.

1) PaintShop Pro 2019

PaintShop Pro 2019 menawarkan beberapa alat penyuntingan automatik yang berguna bagi sesiapa yang tidak pernah menggunakannya. Perisian ini dapat membantu anda untuk membandingkan gambar asal dengan gambar yang telah anda sunting untuk lihat perbezaan yang telah dilakukan. Paparan pada perisian ini juga kemas dan teratur untuk memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Satu perkara yang membuatkan perisian ini berbeza dari perisian yang lain ialah Paintshop mempunyai ciri dan sumber yang sangat meluas.

2) Affinity Photo

Jika anda ingin mencari perisian yang murah tetapi berbaloi, anda boleh menggunakan Affinity Photo. Perisian ini amat sesuai kepada orang yang berpengalaman dalam penyutingan gambar, jurugambar dan pereka grafik kerana perisian ini mempunyai alat-alat yang diperlukan oleh mereka semua. Walaupun perisian ini sesuai untuk pengguna yang sudah berpengalaman, harga perisian ini amat murah jika hendak dibandingkan dengan harga perisian yang lain. Namun, perisian ini hanya sesuai untuk pengguna Mac Apple sahaja.

3) CyberLink PhotoDirector Ultra 10

Perisian ini merupakan perisian yang paling sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang pertama kali ingin menyunting gambar. Perisian ini terbahagi kepada enam(6) bahagian untuk membantu anda mencari alat-alat yang anda perlukan tanpa perlu membuang masa untuk mencari alat-alat yang anda perlukan. Perisian ini juga menyediakan panduan kepada pengguna yang tidak tahu untuk menggunakannya. Anda juga boleh menambah teks ke dalam gambar yang telah anda sunting itu dengan menggunakan perisian ini.

Read More  3 Jenis Pemanggang Terbaik Yang Berada Di Pasaran

Untuk ketahui maklumat tersebut secara lebih mendalam, anda boleh klik pautan yang kami telah sediakan di bawah.

Sumber : Best Photo Editing Software 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...