Perisian Animasi 2D Yang Terbaik Untuk Digunakan

169

Pada zaman era globalisasi sekarang ini, kita telah melahirkan ramai pelukis kartun ataupun lebih dikenali sebagai animator. Hal ini kerana, ramai anak muda pada masa kini yang gemar untuk melukis samada dilakukan sebagai hobi mahupun kerjaya. Jadi, hari ini kami akan berkongsi kepada anda semua tentang perisian-perisian animasi 2D yang sesuai untuk digunakan oleh semua golongan tanpa mengira umur ataupun kemahiran.

1) MOHO Debut 12

MOHO Debut 12 ini merupakan perisian yang paling digemari oleh orang ramai kerana ianya sesuai digunakan samada orang itu sudah mahir dalam animasi ataupun tidak. Anda masih boleh membuat animasi anda sendiri walaupun anda tiada bakat dalam melukis kerana perisian ini akan membimbing anda sehingga anda mahir menggunakannya. Perisian ini menggunakan bone rigging supaya anda dapat menggerakkan watak yang telah anda reka seperti boneka untuk memudahkan kerja anda. Jadi, anda tidak perlu menggerakkan watak tersebut mengikut frame seperti dahulu. Perisian ini juga menyediakan pelbagai templat seperti bahagian badan dan aksesori yang pelbagai supaya anda dapat memilihnya dengan senang.

2) Muvizu Play+

Jika anda rasa perisian animasi yang sedia ada agak mahal untuk anda, jangan risau kerana dengan Muvizu Play+, anda pasti mampu membelinya kerana harga murah dan kualitinya setaraf dengan perisian-perisian animasi yang lain. Tetapi, ianya juga bukan pilihan yang bagus kerana anda tidak boleh melukis karakter anda sendiri kerana ianya tidak menyediakan alatan melukis. Ia bagus untuk penggemar animasi yang sudah mahir mahupun tidak mahir kerana ianya akan memberi anda kebebasan untuk mencipta adegan anda sendiri.

3) Toon Boom Harmony

Toon Boom Harmony merupakan perisian yang sering dipakai oleh industri animasi 2D. Untuk menggunakan perisian ini, anda perlu betul-betul mahir dalam bidang animasi 2D ataupun anda perlu mengambil kelas untuk mempelajari perisian ini. Antara cerita animasi yang popular pernah direka menggunakan perisian ini adalah The Simpsons, Bob’s Burgers dan Rick and Morty. Perisian ini menggunakan bone rigging supaya karakter yang anda telah cipta itu bergerak secara realistik. Untuk pengetahuan anda, perisian ini tidak mempunyai templat untuk karakter dan latar belakang kerana perisian ini memang memberi fokus kepada bakat melukis anda 100%.

Read More  Jam Penggera Terbaik Yang Boleh Digunakan Oleh Semua Orang

 

Sumber : Best 2D Animation Software 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...