Perisian Video Capture Yang Terbaik Pada 2019

382

Ramai penyunting video menghadapi kesukaran untuk mengambil gambar yang berada di dalam video yang kita telah siapkan untuk dijadikan poster dan lain-lain. Mungkin juga kita ingin menambah sesuatu pada video kita seperti kesan khas, tajuk, naratif anda sendiri dan banyak lagi. Jadi, hari ini kami akan berkongsi perisian yang manakah yang sesuai untuk melakukan semua perkara tersebut.

1) Movavi Screen Capture

Dengan menggunakan Movavi Screen Capture, anda boleh merakam dan menyunting video anda lebih cekap dan nampak seperti seorang yang profesional dalam merakam dan menyunting video. Dengan Movavi, anda boleh pilih samada anda mahu menyunting video dan audio serentak ataupun hanya ingin menyunting suara sahaja. Perisian ini direka dengan alat penyuntingan yang terbina di dalam perisian ini. Anda boleh melakukan pelbagai perkara dengan menggunakan perisian ini seperti memasukkan kesan khas, membuat pergerakan ‘slow motion’ dan banyak lagi. Anda juga boleh menukar format video anda sebanyak 11 jenis dengan menggunakan perisian ini.

2) Smartpixel Pro

Jika anda tidak mampu untuk membeli perisian yang mahal, maka Smartpixel Pro merupakan pilihan terbaik anda kerana harganya berpatutan berbanding dengan perisian-perisian yang lain. Perisian ini mudah untuk dipelajari kerana ianya tidak terlalu rumit seperti perisian-perisian yang lain. Anda juga boleh menambah suara anda dengan bercakap terus melalui mikrofon komputer anda tanpa perlu merakam suara anda dari luar. Anda juga boleh menambah kesan khas dan bunyi daripada simpanan yang telah disediakan.

3) Debut Video Capture

Jika anda tidak ada pengalaman dalam menggunakan perisian seperti ini, anda boleh menggunakan Debut Video Capture untuk permulaan. Anda boleh menangkap gambar di dalam video melalui Youtube, rakaman secara langsung dan rakaman yang anda perolehi menggunakan webcam. Antara ciri yang Debut tawarkan yang tiada pada perisian-perisian yang lain ialah Debut dapat merekodkan semua jadual seperti bilakah video ini dilakukan. Jadi, kita boleh merancang dan keep track kerja yang patut dilakukan.

Read More  Vakum Kereta Paling Berkuasa Pada Tahun 2019

Sumber : Best Video Capture Software 2019

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...