Jam Penggera Terbaik Yang Boleh Digunakan Oleh Semua Orang

210

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang sudah tidak gemar lagi untuk menggunakan jam loceng kerana sudah digantikan dengan penggera telefon kita sendiri. Semua ini terjadi kerana kebanyakan jam loceng bersaiz kecil yang menyebabkan bunyi penggeranya berbunyi agak pelahan. Jadi, hari ini kami akan berkongsi tentang jam penggera yang manakah yang paling sesuai untuk digunakan oleh orang ramai.

1) Electrohome Projection EAAC601

Apa yang membuatkan jam Electrohome Projection EAAC601 sangat istimewa ialah jam ini dilengkapi dengan projektor. Projektor ini sangat berguna pada waktu malam jika anda terbangun dan ingin tahu masa sewaktu itu, anda cuma perlu hidupkan projektor itu untuk memancarkannya di dinding ataupun siling umah anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem bluetooth. Anda boleh memasang lagu dari telefon anda dan jam tersebut akan dijadikan sebagai pembesar suara. Tidak semua jam dapat melakukan perkara yang sedemikian. Bunyi penggera pada jam ini sangat kuat sehingga boleh mencecah 74 dB.

2) Timex XBBU Dual Alarm

Jika anda mahu mencari jam penggera yang murah tapi mempunyai kualiti yang bagus, Timex XBBU Dual Alarm merupakan jam penggera yang anda patut beli. Antara kelebihan jam ini ialah jam penggera ini mempunyai 2 set penggera yang anda boleh gunakan. Jam ini juga dilengkapi dengan port pengecasan USB. Jadi, anda tidak perlu risau jika bateri jam anda habis.

3) Oregon Scientific RM313PNFA

Jika anda minat untuk mengembara ke dalam hutan dan anda memerlukan jam penggera untuk kejutkan anda pada waktu pagi, Oregon Scientific RM313PNFA merupakan jam penggera yang terbaik sekali untuk anda. Jika anda mengembara merentas negara yang berlainan zon waktu, jangan risau kerana jam ini secara automatik akan berubah zon waktu di tempat yang anda berada semasa itu. Cuma, jam ini mungkin tidak sesuai kepada orang yang susah hendak bangun kerana bunyi penggera pada jam ini cuma 59.2 dB. Jam penggera ini juga mampu memancarkan projektor sama seperti Electrohome Projection EAAC601.

Read More  Skrin Telefon Pintar Yang Boleh Dilipat Pertama Di Dunia

Sumber :  Best Alarm Clocks 2018

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...