Perisian Antivirus Yang Terbaik Untuk Mencegah Malware Dan Virus

0 95

Hari ini kita akan bercerita tentang antivirus yang terbaik untuk digunakan oleh semua orang. Kami ingin berkongsi tentang perkara ini kerana di zaman yang serba canggih dan moden ini, komputer dan telefon pintar tidak akan lari dari kita kerana ianya amat diperlukan untuk melakukan pekerjaan yang ingin dilakukan. Tetapi, apabila munculnya virus tersebut, ianya akan menjejaskan kehidupan kita secara tidak langsung. Jadi, kami akan berkongsi dengan anda perisian antivirus yang manakah paling berkesan untuk melawan malware dan virus.

1) Bitdefender Antivirus Plus 2019

Ini ada salah satu perisian antivirus yang terbaik pada masa kini. Perisian ini boleh melindungi anda dari pelbagai jenis malware, ransomware, Trojans dan banyak lagi. Perisian ini akan menyekat kita dari melawat sebarang laman web yang boleh menyebabkan kita dijangkiti oleh virus dan menghentikan virus dari memuat turun ke dalam komputer kita. Selain itu, perisian ini juga akan membuang terus virus jika ianya dikesan di dalam komputer kita.

2) Avira Free Security Suite

Perisian ini juga amat bagus untuk digunakan oleh orang ramai kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Bitdefender Antivirus Plus 2019. Jika kita melawat laman web di Chrome ataupun Firefox, ianya akan mengeluarkan satu paparan untuk memberi amaran kepada kita jika kita melawat ke laman web yang terdapat malware di dalamnya. Selain itu, jika terdapat virus yang ingin dimuat turun kedalam komputer kita, ianya akan segera bertindak dengan menghentikannya serta merta dan pindahkannya ke dalam fail kuarantin. Perisian ini juga dilengkapi dengan beberapa alat keselamatan seperti pengimbas kelemahan sistem, Firewall dan Virtual Private Network(VPN).

Read More  WannaCry - Apa yang perlu anda tahu

3) Avast Free Antivirus

Perisian ini merupakan perisian yang terbaik untuk penggemar permainan video. Perisian ini juga dapat menyekat virus dan ancaman lain sama seperti perisian yang lain. Apa yang menyebabkan perisian ini amat sesuai untuk penggemar permainan video kerana ianya dapat menangguhkan fungsinya iaitu tidak akan memaparkan mesej pada skrin paparan. Hal ini kerana, jika ia sering menimbulkan mesej tersebut apabila kita bermain permainan video, ianyanya dapat menjejaskan prestasi dan mood kita semasa itu. Ianya juga dapat memberikan anda lebih banyak akses kepada komputer anda. Oleh itu, walaupun anda membuka laman web yang merbahaya, komputer anda masih dilindungi oleh perisian ini. Jadi, anda tidak perlu mengalami sebarang masalah semasa anda bermain permainan video.

Sumber : The Best Sofware Antivirus

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...