Pelayar Web Pilihan Orang Ramai Sepanjang 2018

0 173

Kebanyakan pengguna internet akan menggunakan pelbagai jenis pelayar jika mereka ingin membuka sesuatu seperti laman sosial mereka. Punca mereka menggunakan pelbagai jenis pelayar adalah disebabkan mereka tidak tahu pelayar yang manakah merupakan pilihan yang terbaik untuk digunakan. Jadi, hari ini kami akan berkongsi pelayar manakah yang terbaik untuk digunakan oleh orang ramai.

1) Mozilla Firefox

Mozilla Firefox ialah pelayar internet terpantas yang telah mengalahkan Google Chrome untuk navigasi dan memuatkan satu halaman penuh. Ianya boleh digunakan oleh semua pengguna samada pengguna sistem operasi Mac ataupun Windows. Mozilla juga dapat mengesan laman web yang merbahaya dengan pantas dan ianya akan mengeluarkan amaran supaya kita sedar akan bahayanya itu. Mozilla juga mempunyai pelayar rahsia jika kita ingin mencari sesuatu di internet tanpa diketahui oleh sesiapapun. Pelayar ini dibina dengan baik dan mempunyai paparan yang bersih, jadi kita sebagai pengguna lebih mudah untuk menggunakannya.

2) Google Chrome

Internet pelayar yang terbaik untuk semua pengguna Android semestinya Google Chrome. Google Chrome sentiasa menjadi pilihan ramai pengguna kerana ianya sangat mudah untuk digunakan selain Firefox. Walaupun Chrome tidak dapat mengenal pasti bahaya seperti Firefox, ianya tidak menjadi satu masalah kepada semua. Chrome membuat kerja yang baik dalam mengenal pasti dan bahayanya sesuatu laman sesawang itu dengan pantas. Pelayar ini juga membenarkan anda untuk menetapkan ikon pada bar alat anda supaya anda boleh pergi ke halaman yang anda selalu gunakan dengan lebih mudah dan pantas. Kami juga dapati bahawa Google Chrome ini juga sesuai dan baik untuk digunakan untuk pengguna IPhone juga.

3) Safari

Bagi pengguna Mac, pelayar Safari merupakan pilihan utama mereka kerana pelayar ini telah direka untuk alat-alat Apple. Ianya sangat pantas kerana ianya dapat menyambungkan anda dengan laman sesawang dan memuatkannya dalam masa dua saat sahaja. Anda perlu mengambil masa untuk belajar menggunakan Safari jika anda tidak pernah menggunakan komputer Mac sebelum ini. Anda tidak boleh untuk mengubah apa-apa di pelayar ini seperti membuat icon. Safari juga mempunyai tempat untuk membaca dan menyimpan artikel untuk dibaca masa akan datang. Semasa anda membaca, Safari ada alat untuk memastikan tiada gangguan seperti iklan supaya anda dapat membaca dengan selesa. Safari juga akan memberi amaran kepada kita jika terdapat sebarang bahaya pada laman sesawang yang kita gunakan semasa itu.

Read More  Robot Ini Membantu Kanak-Kanak Yang Mempunyai Autisme

Untuk ketahui perkara ini dengan lebih mendalam lagi, anda boleh klik pautan yang kami telah sediakan di bawah ini.

 

Sumber : The Best Web Browser 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...