Robot Penyedut Hampagas Dapat Menyelesaikan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Wanita-Wanita Di Luar Sana

0 86

Bagi wanita-wanita yang sudah bekerja tetapi dalam masa yang sama anda juga seorang suri rumah, mesti anda tidak sempat untuk mengemas rumah selepas anda pulang dari tempat kerja kerana kepenatan selepas seharian bekerja. Jangan risau kerana semua perkara itu boleh diatasi dengan menggunakan robot penyedut hampagas. Jadi, hari ini kami akan berkongsi dengan anda robot penyedut hampagas yang manakah yang sesuai untuk digunakan.

1) iRobot Roomba 690

iRobot Roomba 690 mempunyai tiga jenis berus pembersih yang digunakan untuk membersihkan lantai anda. Ia dapat bertukar menjadi prestasi yang sempurna dengan membersihkan bulu atau pasir haiwan peliharaan apabila kami melakukan ujian terhadap mereka. Tetapi, bulu-bulu haiwan peliharaan akan melekat pada berus penyedut hampagas tersebut sama seperti yang lain. Cuma, lantai akan bebas dari bulu-bulu tersebut selepas itu. Apa yang menyebabkan iRobot ini senang untuk digunakan ialah ianya boleh dikawal dengan menggunakan suara sahaja. Anda boleh mengawalnya dengan memuat turun aplikasinya di telefon pintar anda. Jika robot ini mengesan ada masalah terhadap dirinya itu, ia sendiri akan menghantar suara kepada tuannya untuk memberitahu masalah tersebut. Hebat bukan. iRobot ini boleh digunakan kira-kira selama 1jam 30minit dan masa pengecasannya 3kali lebih cepat dari biasa.

2) iLife V3s Pro

iLife V3s Pro ini pula sangat hebat kerana ianya dapat membersihkan sampah sarap dengan lebih berkesan. Ianya juga boleh membersihkan bulu haiwan peliharaan dengan lebih baik berbanding robot penyedut hampagas yang lain. V3s ini juga mempunyai sistem navigasi yang baik agar ianya tidak berlanggar dengan barang-barang yang lain. Tetapi, V3s ini mempunyai sedikit masalah apabila ia ingin membersihkan permukaan yang baru, ianya akan tersekat di situ dan mungkin boleh tutup dengan sendirinya. Selain itu, ketiadaan skrin paparan dan hakikat bahawa ketiadaan suara pra-rakaman menjadikannya tidak mesra pengguna kerana kita tidak akan tahu apa masalah yang dihadapi olehnya. Masa pengecasannya juga mengambil masa yang lebih lama sebelum kita dapat menggunakannya semula.

Read More  Bagaimana Hendak Mencipta Beberapa Profil Pengguna Di Android?

 

3) Eufy 11S

Eufy 11S patut ada dalam senarai carian robot penyedut hampagas kerana ia terkenal disebabkan sifatnya yang sangat tangkas berbanding robot-robot yang lain. Robot ini membuat satu dramatik dengan membersihkan semua jenis permukaan lantai tanpa mengalami sebarang masalah seperti robot-robot yang lain. Ianya juga dapat membersihkan bawah permukaan sofa walaupun hampir cecah ke lantai. Kebanyakan robot-robot tidak akan membersihkan di tempat-tempat tersebut kerana ia akan menganggapnya sebagai sebuah halangan dan mengelakkan dirinya dari membersihkan di kawasan tersebut. Cuma kelamahan robot ini ialah tempoh pengecasan mengambil masa yang cukup lama iaitu sekitar 5 jam sebelum boleh digunakan semula.

Diharapkan dengan adanya robot penyedut hampagas ini, ianya dapat membantu wanita-wanita diluar sana untuk meringankan beban mereka. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang kami telah sediakan di bawah.

Sumber : Best Robot Vacuum 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...