Perisian Yang Terbaik Untuk Digunakan Bagi Mereka Yang Gemar Menghasilkan Muzik

0 67

Bagi sesiapa yang bekerja dalam industri muzik, mereka perlu memastikan bahawa mereka mahir dalam penggunaan perisian untuk menyunting muzik mereka. Tetapi, tidak semua perisian bagus untuk digunakan oleh semua orang. Jadi, hari ini kami akan Berkongsi Perisian Yang Manakah Merupakan Pilihan Industri Pemuzikan.

Logic Pro X

Jika anda pengguna Mac  yang ingin menghasilkan dan menyunting audio anda, Logic Pro X merupakan perisian yang paling sesuai untuk digunakan oleh semua penggemar penyunting audio. Virtual instrument library adalah salah satu ciri terbaik yang terdapat pada perisian ini dan anda boleh menggunakannya untuk persembahan secara langsung di studio. Paparannya juga mudah kerana perisian ini bersifat mesra pengguna. Perisian ini juga mempunyai virtual drum plug-in yang menggunakan algoritma AI untuk drummer maya dengan gaya muzik yang anda ingin hasilkan. Anda boleh mencipta sehingga 255 audio dan MIDI.

FL Studio 12 Producer Edition

Jika anda penggemar muzik genre hip-hop dan muzik tarian elektronik(EDM), maka anda pasti sudah mengetahui tentang perisian FL Studio. Perisian ini amat dikenali terutamanya kepada penggemar muzik hip-hop dan muzik tarian elektronik. Ianya menjadi pilihan utama mereka kerana ianya mempunyai semua bunyi/muzik popular yang anda inginkan untuk menghasilkan muzik. Antara kelebihan anda menggunakan perisian ini adalah anda akan mendapat pengemaskini perisian seumur hidup secara percuma. Hal ini kerana kebanyakan perisian yang kami lihat, anda perlu membeli lesen yang baru apabila versi baru  perisian tersebut keluar di pasaran. Kami juga telah mengkaji pada paparan komputer dan komputer riba pengguna baru, ianya muat pada skrin kedua-keduanya.

Ableton Live 10 Intro

Ableton Live mempunyai banyak pilihan terhadap drum elektronik dan plug-in sintetik, merupakan perkara paling penting untuk produser elektronik muzik. Paparannya yang agak berbeza dari perisian yang lain membuatkan ia istimewa. Tetapi jika kita sudah lama menggunakannya, ianya mudah sahaja sebenarnya. Versi Ableton ini juga termasuk dengan Drum Rack plug-in yang akan membantu anda membuat pelbagai lapisan sampel 16 grid yang kelihatan sama dengan sesiapa yang menggunakan klasik EDM instrumen. Ableton adalah salah satu perisian muzik yang sesuai untuk produser jika mereka ingin membawa muzik mereka ke pentas.

Read More  Perlukah Anda Sentiasa Menggunakan Pengecas Yang Rasmi (Official Charger) Untuk Mengecas Telefon Anda?

Diharapkan dengan perkongsian ini, kami dapat menyelesaikan sedikit masalah yang anda hadapi sebelum ini. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang kami telah sediakan di bawah.

 

Sumber : Best Music Production Software

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...