Permainan Konsol Terbaik Pilihan Ramai Gamers

0 93

Bagi individu yang gemar bermain permainan video terutamanya dari permainan konsol, pastinya mereka akan memilih untuk membeli permainan konsol yang terbaik untuk dimainkan. Jangan risau kerana hari ini kami akan berkongsi tentang Permainan Konsol Yang Manakah Yang Terbaik Untuk Digunakan.

Xbox One X

Xbox One X merupakan pilihan yang terbaik untuk semua peminat permainan konsol kerana permainan konsol ini mempunyai banyak ciri-ciri yang tiada pada permainan konsol yang lain. Tambahan pula, ianya sesuai untuk dimainkan oleh semua peringkat umur samada muda mahupun tua. Ianya juga boleh memberi akses kepada semua permainan lama termasuklah yang paling baru. Anda juga boleh karaoke, menonton video dalam talian dan banyak lagi. Fakta tambahan, permainan konsol ini sudah hampir menyerupai komputer gaming berbanding konsol tradisional yang kita ketahui. Selain itu, ianya mampu menyokong permainan 4K dan boleh main semula video dengan HDR dengan tidak kira anda ingin lakukan dengan konsol tersebut.

Nintendo Switch

Nintendo Switch merupakan permainan evolusi keluaran Nintendo. Keseluruhan konsol ini hanya berukuran 6.2 inci sahaja. Nintendo Switch ini telah berubah dari bersaiz besar kepada saiz tablet supaya pengguna dapat merasa pengalaman permainan yang lain dari yang lain. Tambahan pula, bateri Switch ini bertahan sehingga 6.5 jam, bergantung kepada permainan kita mainkan. Alat kawalan Switch diberi nama Joy Cons. Setiap satu darinya boleh meluncur ke sisi tablet untuk mencipta satu pengalaman yang baru dan selesa buat pengguna permainan konsol ini. Anda juga boleh bermain dengan rakan anda menggunakan Joy Cons untuk merasai keseronokan yang optimum. Dengan Switch, Nintendo masih berusaha untuk mengekalkan tradisi mereka iaitu membuat alat permainan yang mudah, permainan keluarga dan paparan yang menarik.

PlayStation 4 Pro

PlayStation 4 Pro keluaran Sony merupakan salah satu platform yang terbaik untuk para penggemar permainan konsol. Perkakasannya telah direka untuk menyerupai komputer gaming dan ianya boleh stream video resolusi 4K. Selain itu, anda juga boleh cari permainan yang anda minat di Official PlayStation Store, dimana mempunyai akses sehingga 500 permainan jika anda ingin permainan yang baru untuk dimainkan. Anda akan mempunyai akses kepada permainan berlainan platform, permainan indie dan permainan dari konsol masa lalu bersama-sama dengan tajuk eksklusif daripada mana-mana konsol lain di pasaran termasuk Uncharted, Spider-Man dan Driveclub. Sistemnya yang berkuasa secara konsisten mampu mengekalkan keluaran 1080p dan kadar frames(FPS) yang tinggi.

Read More  Perisian Video Capture Yang Terbaik Pada 2019

Ini sahaja perkongsian daripada kami. Untuk ketahui dengan lebih mendalam tentang permainan konsol, anda boleh klik pautan yang kami sediakan di bawah.

Sumber : Best Gaming Console 2018

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...