Software Video Editing Terbaik Pilihan Ramai 2018

0 226

Bagi mereka yang suka merakam video ataupun menyunting video, selalunya mereka akan tercari-cari perisian  yang bagus untuk mengedit video mereka. Perkara ini sering terjadi terutamanya kepada orang yang bekerja dalam industri multimedia sekarang ini. Jadi, hari ini kami akan berkongsi tentang perisian-perisian yang manakah yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan video.

Adobe Premiere Pro CC

Adobe Premiere Pro ini merupakan perisian yang paling digemari ramai pengguna pada setiap tahun. Perisian ini merupakan perisian yang bersifat ‘mesra pengguna’ kerana ianya mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira profesion mereka. Apa yang membezakan Premiere Pro ini dengan yang lain ialah perisian ini memahami bahawa setiap editor dan projek mempunyai keperluan yang unik dan ia mewujudkan aplikasi yang tidak dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan tersebut. Selain itu, anda juga boleh tetapkan video anda ke resolusi yang paling tinggi iaitu 4K dengan menggunakan Adobe Premiere Pro CC ini.

Final Cut Pro X

Bagi pengguna Mac pula, perisian Final Cut Pro X merupakan perisian yang paling bagus untuk digunakan. Paparan untuk perisian ini cantik dan banyak fungsi-fungsi yang tiada di perisian lain. Anda boleh mengubah paparan pada perisian ini mengikut kehendak anda. Selain reka bentuknya yang mudah, perisian ini mempunyai semua alatan yang anda perlukan untuk membuat video filem yang bertaraf Hollywood, komersial, video muzik dan banyak lagi. Kebanyakan syarikat perfileman menggunakan perisian Final Cut Pro ini untuk menyunting video. Final Cut Pro X ini hanya boleh digunakan untuk komputer yang menjalankan sistem operasi OS X Apple.

Hitfilm Pro

Untuk sesiapa yang berminat dalam bermain-main dengan kesan khas seperti membuat letupan dalam video, perisian ini merupakan perisian yang paling sesuai untuk anda. Ianya menggabungkan editor bukan linear, kesan visual dan komposisi barang dalam satu perisian. Perisian ini 100% bermain dengan grafik, komposisi dan kesan khas sahaja. Jika anda tidak menggunakan semua itu di dalam video anda, jangan guna perisian ini. Tetapi jika hasil karya visual ini merupakan bidang anda, tiada perisian yang lebih baik lagi berbanding HitFilm Pro untuk digunakan.

Read More  Ketuhar Gelombang Mikro Pilihan Wanita-Wanita Di Malaysia

Diharapkan dengan perkongsian kami ini dapat membantu semua untuk mencari perisian untuk menyunting video. Untuk info yang lebih lanjut, anda boleh klik pautan dibawah yang telah kami sediakan.

Sumber : Best Professional Video Editing Software

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...