Any.do Bakal Menjadi Teman Membeli Barang Dapur Anda!

0 78

Perisian Any.do menawarkan ciri senarai barangan runcit yang juga boleh digunakan di aplikasi telefon mudah alih dan boleh dikongsikan bersama rakan dan keluarga anda. Algorithma aplikasi ini akan menyusun jenis makanan seperti ‘buah-buahan dan sayur-sayuran’ dan juga ‘bahan tenusu dan keju’ untuk menjimatkan anda daripada perlu mencari daripada senarai yang panjang.

Anda boleh menambah bilangan senarai barangan runcit tanpa had dan Any.do akan bekerjasama dengan Siri, Alexa dan Google Assistant supaya memudahkan anda menambah barangan menggunakan arahan suara. Setelah anda telah menyenaraikan semua barangan runcit yang ingin dibeli, anda boleh berkongsi dengan sesiapa sahaja dan akan dihubungkan secara automatik kepada semua ahli yang dipilih untuk dikongsikan senarai tersebut. Usaha ini dapat mengelakkan situasi seperti membeli barangan yang sama atau terlupa beli mana-mana barang.

Kredit:  Techverge

Read More  Android 9 Pie (Go Edition) Akan Muncul Pada Musim Luruh Ini

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...