Google Memperkenalkan Street View Trekker Yang Lebih Ringan dan HD

0 79

Setelah beberapa tahun digunakan, Street View Trekker yang merupakan peranti gambaran mudah alih yang dibangunkan sendiri oleh Google untuk menangkap visual yang lebih menarik sebagai salah satu servis peta atas talian dan telah dikemaskini malah lebih ringan!

Image result for Street View Trekker

Trekker ini didatangi dalam bentuk backpack tetapi versi yang telah dikemaskini lebih ringan (berbeza dengan versi terdahulunya yang hampir 20kg beratnya dan prestasinya juga telah dipertingkatkan.

Kamera ini dikemaskini dengan sensor beresolusi tinggi dan ditambah aperture dan menjanjikan gambar yang lebih jelas.

Seperti model generasi dahulunya, Trekker terbaru ini boleh dipakai oleh individu atau diletakkan di dalam kereta ataupun bot malah boleh digunakan semasa anda menggunakan zip-line!

Street View Trekker ini boleh disewakan kepada jurugambar profesional, pengembara, penjelajah dan organisasi (seperti badan perlancongan, NGO, badan pentadbiran, universiti dan kumpulan penyelidikan) untuk mengkap gambaran beresolusi tinggi dari arah yang jauh dan dari tempat yang susah untuk diakses dari planet ini.

Sumber: thestar

Read More  Kini Anda Boleh Cipta Dan Kongsikan Google Map List Anda Dari Desktop!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...