Berhati-Hati!!! Jenis-Jenis Malware Ini Boleh Merugikan Anda

0 132

Perisian perosak, perisian berbahaya lebih dikenali sebagai Malware merupakan sebuah perisian yang digunakan untuk membocorkan data dan merosakkan sistem komputer tanpa pengguna tersebut sedar. Antara perisian-perisian perosak yang sering didengari seperti komputer virus, Worms, Trojan Horses dan Ransomware.

Virus Komputer

Merupakan perisian yang selalu tersembunyi antara fail-fail perisian yang lain dengan bertujuan untuk merosakkan data-data anda yang disimpan di dalam komputer. Antara cara-cara untuk menyebarkan virus ini adalah dengan memasukkan data tambahan pada fail yang ingin digunakan.

Ransomware

Ransomware ini merupakan satu perisian yang akan menghalang kita untuk membuka Windows ataupun peranti Android. Kita tidak akan boleh membuka fail-fail yang terdapat dalam komputer kita melainkan kita membayar wang kepada mereka untuk membuang virus tersebut

Trojan Horse

Trojan Horse ialah satu program yang merbahaya yang akan menyamar dirinya sebagai sebuah program biasa. Disebabkan itu, ramai orang terpedaya lalu memuat turun program tersebut. Program ini biasanya akan mula berfungsi apabila pengguna sudah mengaktifkan aplikasi tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang disediakan ini.

Sumber : Wikipedia – Malware

Read More  Macam Mana Skimmer Kad Kredit Berfungsi Dan Bagaimana Hendak Mengesannya?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...