Adakah Virus Ransomware Berbahaya?

0 110

Dunia kita pernah digemparkan dengan virus Ransomware pada tahun 2016 diseluruh negara. Virus ini digunakan oleh penggodam untuk mencuri wang dari pengguna-pengguna komputer dan komputer riba. Virus ini sebenarnya sudah wujud sejak 2012 lagi. Tetapi pada tahun itu, virus ini tidak lagi diketahui oleh orang ramai kerana masih lagi tidak merbahaya.

Antara sebab yang menyebabkan virus ini merbahaya adalah disebabkan kemampuannya yang mampu mengunci semua fail yang disimpan di dalam komputer kita. Selain itu, ianya juga boleh mendedahkan maklumat-maklumat kita yang penting kepada orang ramai. Untuk mengelakkan dari semua ini terjadi, penggodam tersebut akan mengugut kita untuk membayar wang kepada mereka. Jika tidak dilaksanakan, perkara-perkara di atas akan dilakukan oleh mereka.

Untuk mengesan para penggodam amatlah susah kerana mereka pandai untuk menutup jejak mereka di atas talian. Mereka selalunya akan menggunakan Virtual Private Network(VPN) untuk memastikan mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Mereka juga akan menyuruh mangsa yang terkena virus tersebut membayar mereka dengan menggunakan Bitcoin. Dengan menggunakan Bitcoin, mereka tidak akan dapat dikesan berbanding mengunakan sistem perbankan.

Antara cara untuk mengelakkan diri dari terkena virus tersebut adalah dengan mengaktifkan antivirus pada komputer anda. Ramai pengguna selalunya tidak mengaktifkan antivirus pada komputer mereka. Selain itu, jangan muat turun fail-fail yang tidak diketahui dari mana ianya datang kerana fail tersebut berkemungkinan ada virus.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengelak dari terkena serangan virus ini. Andaikata kita terkena virus ini, ianya akan menyusahkan banyak pihak terutamanya kita.

 Sumber : Wikipedia РRasomware

Read More  Apakah yang Perlu Dilakukan apabila Sambungan Internet Rumah Anda Tidak Memuaskan?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...