Di Antara Google Drive Dan Dropbox, Yang Manakah Lebih Baik?

0 70

Apabila kita berada di alam universiti ataupun pekerjaan, kita perlu menyimpan banyak fail yang penting supaya tidak hilang. Jika kita mempunyai wang yang banyak, kita boleh membeli external hard disk untuk menyimpan semua fail tersebut. Tetapi harganya agak mahal untuk dibeli. Jadi kita akan memilih untuk menyimpannya di Google Drive dan Dropbox. Ramai yang masih ragu-ragu untuk memilih yang manakah merupakan pilihan orang ramai samada Google Drive ataupun Dropbox. Jadi, kami akan berkongsi yang manakah yang lebih berbaloi untuk digunakan.

1) Harga

Dari segi harga, harga untuk Google Drive lebih murah berbanding Dropbox kerana kerana Google Drive akan memberikan ruang simpanan lebih banyak berbanding Dropbox dengan harga yang hampir sama.

2) Sekuriti

Jika hendak membandingkan yang manakah lebih selamat untuk digunakan, maka Google Drive merupakan pilihan yang terbaik. Dropbox juga selamat untuk digunakan, cuma tidaklah sehebat Google Drive. Google hebat dalam hal ini kerana mereka telah menjadi peneraju industri dalam sokongan pengesahan dua faktor. Dengan adanya sistem ini, sistem sekuriti mereka akan menjadi lebih selamat untuk digunakan.

3) Perkongsian Fail

Dari segi perkongsian fail pula, Dropbox merupakan pilihan yang paling terbaik dengan beberapa ciri yang lebih baik dari Google Drive. Dropbox dan Google menawarkan pilihan yang mantap untuk menguruskan siapakah dalam pasukan anda yang boleh mengakses fail anda. Hal ini membolehkan anda berkongsi fail individu atau keseluruhan folder dengan menghantar e-mel atau dengan berkongsi pautan.

 

Kesimpulannya, kedua-dua aplikasi ini ada baik dan buruknya. Jadi, anda pilihlah yang mana anda berminat dan rasa mudah untuk digunakan.

Sumber : Dropbox Vs Google Drive

Read More  Robot Penyedut Hampagas Dapat Menyelesaikan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Wanita-Wanita Di Luar Sana

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...