Cara-Cara Untuk Mengelakkan Diri Dari Kantoi Melayari Internet Dari Dikesan Oleh Bos
Selagi kita masih dalam waktu bekerja dan tiada sebarang tugasan, pasti kita akan curi-curi melayari internet untuk mencari sesuatu yang menarik. Tetapi anda mesti berasa takut dan tidak selesa untuk membukanya kerana takut akan diketahui oleh pihak atasan. Jadi, hari ini kami akan berkongsi mengenai TIGA (3) LANGKAH-LANGKAH SUPAYA TIDAK DIKETAHUI OLEH PIHAK ATASAN.
1) Membuat Mod Incognito
Apabila kita menggunakan mod ini, kita boleh mengelakkan diri kita dari dikesan oleh pihak atasan. Dengan menggunakan mod ini, semua sejarah laman sesawang yang kita pernah guna tidak akan dipaparkan. Tetapi, kita perlu ambil tahu juga bahawa pihak atasan masih boleh mengesan apa yang kita buka di laman sesawang tersebut dengan menggunakan IP Address.
2) Mengetahui Shortcut Keys
Anda juga boleh mula belajar tentang shortcut keys yang boleh digunakan. Ada sesetengah daripadanya amat membantu anda semua dalam usaha untuk menyembunyikan apa yang tengah anda buka semasa itu. Cuma pastikan bahawa aplikasi yang anda tukar itu berkaitan dengan kerja yang anda patut lakukan semasa itu.
3) Bergantung Kepada Telefon Anda
Jika anda masih ragu-ragu untuk mencuba point di atas, anda masih boleh melakukannya dengan menggunakan plan internet telefon anda sendiri dengan membuka hotspot. Dengan melakukan cara ini, pihak atasan tidak dapat mengesan anda kerana anda tidak menggunakan sambungan internet mereka.
Komen