Bagaimana Untuk Mencegah Jenayah Siber di Syarikat Anda

168

Jenayah siber sudah berleluasa di serata dunia. Hal ini berlaku kerana hampir semua pekerjaan dan maklumat disimpan dalam bentuk data. Antara contoh jenayah siber mencuri wang di bank dengan menggodam sistem perbankan tanpa pengetahuan orang. Golongan ini juga sering mencuri data-data kerajaan ataupun syarikat untuk kepentingan mereka sendiri. Untuk mengatasi masalah tersebut, kita boleh melatih pekerja kita untuk melawan jenayah siber ini. Jadi hari ini kami akan akan berkongsi langkah-langkah bagaimana hendak melawan jenayah siber ini.

1) Pilih Orang Anda

Jika anda ingin menubuhkan satu jabatan keselamatan siber di syarikat anda, anda perlu melantik seorang ketua yang anda rasa boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Hal ini kerana, merekalah yang akan menguruskan semua aspek keselamatan dan perlindungan data dari diceroboh oleh orang luar. Beliau juga mestilah berkelayakkan dan bukannya dipilih secara sambil lewa kerana beliau merupakan orang penting dalam syarikat untuk menjaga syarikat kita.

2) Biar Semua Tahu: Ianya boleh Terjadi Pada Kita Juga

Untuk memastikan pekerja-pekerja kita mengambil bahagian dalam usaha membanteras jenayah siber ini, mereka harus tahu akan bahayanya jenayah siber ini. Jika mereka tidak mengambil tahu tentang hal ini, mereka tidak akan tahu kesannya terhadap diri mereka. Kita boleh berkongsi cerita dengan para pekerja supaya mereka lebih peka tentang bahayanya jenayah siber ini terhadap diri mereka.

3) Teruskan Penyiaran

Jika anda ingin pekerja anda mematuhi pelan keselamatan siber anda dan anda mahu mereka menikmati kelebihan yang datang dengan kerja jauh dan polisi membawa sendiri peranti anda (BYOD). Cara terbaik untuk melakukannya ialah menghantar isyarat secara berkala untuk mengingatkan mereka tentang amalan terbaik anda. Anda boleh memberitahu melalui teks dan e-mel untuk membolehkan pasukan anda mengetahui perkembangan penyelenggaraan mudah alih dan langkah-langkah keselamatan.

Read More  Cara Mudah Hendak Melaraskan Tetapan Tetikus di Windows!

 

Sumber :  3 Ways to Make Employees Your Best Cybercrime Fighter.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...