Lindungi Mata Anda Dari Cahaya Telefon Bimbit Yang Membahayakan Dengan Blue Light Filter
Terlalu kerapa menggunakan telefon pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser dan buta. Tetapi anda tidak perlu risau kerana anda masih boleh menjaga mata anda dari cahaya yang berbahaya ini.
ANDROID OREO
Ketika versi ini dilancarkan pada 2017, Android Oreo telah melancarkan juga ciri baharu iaitu mode cahaya malam dimana ia akan menapis cahaya biru bermula waktu petang. Ia dapat melindungi mata anda dan memberikan waktu tidur yang merehatkan kerana terlalu banyak cahaya daripada spektrum biru sebelum tidur boleh mengganggu corak tidur dan memberikan kesan negatif.
Anda boleh memilih bila anda memerlukan ciri ini dan sentuh intensiti di dalam tetapan di bawah “Display/Night Light”
Android Pie yang terkini telah mengaktifkan secara automatik tapisan cahaya biru ini, jadi jika anda tidak menghiraukan ciri default ini.
WINDOWS 10
Microsoft kini membenarkan pengguna Windows 10 untuk mengaktifkan mode malam untuk membantu pengguna bersiap sedia untuk tidur.
Ia akan membantu mata anda untuk lebih rileks apabila anda bekerja di bawah lampu atau persekitaran yang gelap dan membantu untuk tidur dengan lebih cepat. Butang ini terletak di bawah tetapan Windows di bahagian bawah kanan skrin dekstop dan pergi ke Setting>System>Display.
Disini anda boleh mengaktifkan ciri ini dengan klik Night Light atau melaraskan suhu warna dengan mengubah slider di bawah tetapan Night Light
Jika anda ingin Windows menetapkan secara automatik mod malam untuk sesetengah waktu seperti matahari terbenam, anda juga boleh menetapkan masa di tetapan.
MAC AND iOS
Ciri Night Shift di iPhone, iPad atau Mac telah tersedia untuk mengubah warna spektrum di paparan anda. Jika anda mengubah warna kepada lebih suam suam panas, mata anda lebih selesa dengan spektrum tersebut.
Ciri ini akan dibuka secara automatik jika anda mengarahkannya. Di iOS, buka COntrol Centrel dan sentuh ikon Brightness kemudian sentuh kepada simbol matahari untuk suis kepada Night Shift.
Anda juga boleh pergi ke tetapan dan lihat “Display and Brightness”. Pilih Night Shift untuk mengawal ciri ini.
Untuk Mac, anda boleh mencari ciri ini di tetapan di bawah “System Preferences” dan kemudiannya klik di Displays dan anda akan juga tab Night Shift.
Apabila ia dihidupkan, Night shift akan menggunakan geolokasi untuk mencari dimana anda berada dan automatik menyuaikan dengan warna paparan dari siang kepada malam.
Untuk melindungi mata anda dari sinaran cahaya biru dari matahari, sangat penting untuk anda memakai cermin mata UV.
Jika telefon anda tidak mempunyai tapisan cahaya biru ini, anda juga boleh memuat turun aplikasi di Google Play atau Apple Store.
Sumber: thestar.com.my
Komen