Instagram Memperkenalkan Mesej Suara Di Direct Message

112

Untuk menghantar mesej suara, pengguna hanya perlu menahan ikon mikrofon ketika bercakap untuk merekod mesej lebih dari seminit untuk dihantar kepada penerima. Perbualan ini akan dipaparkan sebagai gelombang audio dimana penerima boleh mendengar banyak kali.

Integrasi suara ini memberikan banyak manfaat kepada pengguna Instagram terutamanya bagi mereka yang tidak gemar menulis untuk berhubung dengan orang lain. Fungsi ini sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan bahasa yang tidak terdapat di dalam papan kekunci telefon.

Bermula minggu ini, anda sudah boleh menghantar rakaman suara melalui Instagram Direct. Pastikan aplikasi anda dikemaskini kepada versi terkini untuk menggunakan ciri baharu ini.

sumber: thestar

Read More  Bagaimana Untuk Memuat Turun Story Dari Instagram?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...