Tips-Tips Penjagaan Komputer

357

Kita jagalah komputer riba kita sebaik mana pun, jika tidak dijaga dengan cara yang betul, komputer riba kepunyaan kita mesti akan cepat panas, sistem akan menjadi lambat dan cepat rosak. Jadi, kami akan berkongsi dengan anda tips-tips penjagaan komputer supaya kelihatan seperti baru dibeli.

Membersihkan Bahagian Luaran Komputer

Kita boleh membersihkan papan kekunci dengan tin pemampat udara. Dengan menggunakan tin pemampat udara, kita boleh membersihkan habuk pada papan kekunci. Ia juga dapat membersihkan kawasan-kawasan yang tidak dapat dicapai oleh berus.

Tingkatan Kelajuan Komputer Dengan Peningkatan Perkakasan

Kita boleh menambah kelajuan komputer kita dengan menambah Random Access Memory(RAM). Dengan menambahnya, prestasi komputer kita akan bertambah baik dan laju. Selain itu, kita boleh menukar Hard Drive kepada lebih baru supaya boleh menyimpan lebih banyak maklumat. Kami mengesyorkan anda menukar kepada Solid State Drive (SSD) kerana ianya lebih pantas berbanding Hard Disk Drive(HDD).

Membersihkan Bahagian Dalaman Komputer

Jika anda telah lama membeli komputer, kemungkinan besar untuk komputer anda menjadi panas ketika menggunakannya dan kipas komputer tersebut berbunyi agak bising. Barangkali sudah terdapat banyak habuk atau kotoran di kipas. Disebabkan itu, jangka hayat sesebuah komputer itu akan menjadi lebih singkat. Untuk mengelakkan dari berlakunya perkara sebegini, kita mestilah rajin membersihkan bahagian.

Sumber : LifeHacker

Read More  Resepi Sup Cendawan Yang Mudah Boleh Buat Anda "Masyukk" Setiap Bulan!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...