Perkara yang perlu anda lakukan selepas membeli komputer baru

292

Jika anda diantara pengguna baru komputer riba, anda seharusnya tidak menggunakan terus komputer riba itu kerana ianya mungkin akan terdedah kepada bahaya sekuriti atas talian. Ini antara langkah-langkah yang boleh anda ikut untuk bagi pengguna baru komputer riba.

Mula-mula sekali apabila anda melancarkan komputer anda, anda perlu terus kemas kini Windows Update. Antara salah satu perubahan besar yang dibuat oleh Microsoft pada sistem operasi Windows ialah Force Windows Updates. Apabila mereka membuat perkara yang sedemikian, pengguna tidak boleh lari dari mengemas kini Windows tersebut. Anda boleh melakukannya  dengan membuka Start Menu dan memilih cog tetapan, diikuti dengan Update & Security. Kemudian klik butang Check For Update dan tunggu apabila kemas kini dipaparkan.

Selain itu, kita perlu memastikan bahawa semua perisian antivirus berjalan dengan lancar. Untuk melihatnya samada semua perisian itu berjalan, anda boleh melihatnya di Windows Defender Security Center. Anda juga boleh muat turun perisian antivirus yang mana anda rasa dapat menjaga komputer anda dengan baik.

Tambahan pula, jika anda berasa sangsi tidak tahu pelayar mana yang patut anda guna, anda tidak perlu risau kerana Windows 10 mempunyai pelayar yang baru iaitu Microsoft Edge. Microsoft Edge ini telah dicipta untuk menggantikan Internet Explorer. Jika anda tidak mahu menggunakan pelayar ini, anda boleh menggunakan pelayar yang lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang langkah-langkah ini, anda boleh melihatnya dengan menekan pautan dibawah yang kami akan berikan.

Sumber : The First 6 Things That You Should Always Do With New Laptops

Read More  Trick Untuk "Search" Sesuatu Dengan Lebih Tepat!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...