Langkah-langkah untuk menjaga komputer riba dari dalaman

281

Kita sebagai pengguna komputer riba mesti jarang menjaga dalaman komputer secara berkala. Disebabkan itulah komputer riba kita sering mengalami masalah setelah setahun menggunakannya. Hari ini, kami akan memberitahu LANGKAH-LANGKAH BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJAGA KOMPUTER RIBA kita agar terasa seperti baru membelinya.

Pertama sekali, kita boleh menjaga komputer riba dengan membersihkan Hard Drive. Membersihkan Hard Drive ini boleh dilakukan secara bulanan. Hal ini kerana jika kita tidak membersihkan fail-fail yang sudah tidak digunakan, ianya akan memenuhi ruang memori di dalam komputer riba tersebut. Jika anda risau fail-fail  yang penting terpadam, anda boleh membuat Backup dengan menyimpan data-data tersebut di dalam External Hard Drive.

Selain itu, kita juga boleh Defragment komputer riba kita. Defragmentation merupakan satu proses untuk menyusun semula data yang berpecah supaya lebih mudah untuk dibaca, membolehkan komputer anda berfungsi dengan lebih cekap. Tidak menghairankan, defragging Hard Disk anda adalah satu lagi tugas penyelenggaraan yang diperlukan untuk memastikan komputer riba anda berjalan lancar. Anda tidak perlu untuk defrag sebulan sekali untuk memastikan program anda berjalan lancar dan menggunakan ruang yang lebih baik pada Hard Disk anda. Tetapi, ambil perhatian  jika anda mempunyai Pemacu Keadaan Pepejal (SSD) dalam komputer riba anda, anda tidak perlu untuk defragment.

Sama seperti anda menyimpan perisian antivirus dan firewall terkini, anda juga harus memastikan semua program perisian anda tersebut sudah dikemas kini. Kebanyakan program, kemas kini dapat menangani isu keselamatan yang akan membantu untuk memastikan komputer riba dan data kita dilindungi semasa menggunakannya. Kami mencadangkan supaya anda menyemak beberapa kali dalam sebulan sebelum memasang semua kemas kini baru.

Read More  Cara Untuk Membuat Teks Melengkung Dengan Mana-Mana Bentuk

Semoga tips-tips yang kami berikan ini dapat membantu anda semua sedikit sebanyak tentang cara untuk menjaga komputer riba secara dalaman.

Sumber : Langkah-langkah untuk menjaga komputer riba

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...