Drone pilihan ramai pada tahun 2018

0 55

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dron telah menarik ramai perhatian pengguna dari pelbagai bidang kerana banyak industri seperti industri perfileman. Dahulu, dron ini hanya dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Setiap dron ada keistimewaan tersendiri. Hari ini, kami akan memberitahu dron manakah yang sesuai untuk dibeli jika anda masih bingung untuk memilih yang  dron yang sesuai mengikut ciri yang anda perlukan.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, kami sarankan dron DJI MAVIC 2 PRO. Dron ini merupakan salah satu daripada dron yang terbaik yang pernah wujud. Antara sebab kita perlu membeli dron ini kerana ianya mempunyai semua ciri penerbangan yang anda perlukan dalam dron. Dron ini juga boleh dibawa kemana-mana sahaja kerana saiznya tidak terlalu besar. Selain itu, kamera yang terdapat pada dron ini amatlah hebat kerana resolusi video ataupun gambar boleh diselaraskan sehingga resolusi 4K dalam 10-bit warna. Sebagai contoh,  generasi pertama Mavic Pro hanya dapat merasakan halangan di depan dirinya sendiri manakala Mavic 2 Pro dilengkapi dengan sistem kesedaran alam sekitar penuh omnidirectional. Ini bermakna ia dapat melihat ke hadapan, ke belakang, ke atas, ke bawah, dan bahkan ke kiri dan ke kanan (walaupun dua yang terakhir hanya dihidupkan dalam mod penerbangan tertentu).

Jika anda berminat untuk menerbangkan sebuah dron tetapi anda tidak pernah lagi menggunakannya, dron YUNEEC BREEZE adalah dron yang paling sesuai dengan anda. Ianya mudah untuk diterbangkan, agak murah, tahan lama dan juga memberi anda banyak ruang untuk berkembang dan maju sebagai juruterbang dron. Kita boleh menerbangkan dron tersebut hanya dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Jadi, kita tidak perlu bersusah payah untuk membawa alat kawalan. Resolusi kamera yang terdapat pada dron ini juga amat tinggi iaitu resolusi 4K.

Read More  Bagaimana Untuk Memadam Kesemua Tweets Anda Di Twitter

Bagi sesiapa yang meminati bidang perfileman, dron DJI INSPIRE 2 merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Dron ini anda boleh lihat di set pengambaran  konsert Enrique Iglesias. Spesifikasi utk dron ini amatlah gempak sekali. Dron ini boleh diterbangkan dalam julat 4.3 batu dan dengan kelajuan tertingginya iaitu 67 batu sejam. Ianya juga dilengkapi dengan sistem mengelak penghadang di hadapan dan mempunyai sistem autopilot.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai dron-dron ini, anda boleh klik link dibawah. Di laman web tersebut akan diceritakan lebih banyak mengenai dron.

Sumber : The Best Drone of 2018

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...